Saturday, November 27, 2010

KALAU BETUL ANDA GENG SUNNAH, HADITH, TAJDID....

Al kisahnya terdapat sekumpulan yang sentiasa mewar-warkan mereka ialah 'geng sunnah, salafi, pro sunnah, geng hadith, tajdid dll'. Jumlahnya tidak ramai pun. Saya sebagai seorang kenalan ingin menasihati dan memberi saranan kepada mereka - disebabkan mereka tidak habis-habis menggelarkan diri sebagai pendokong sunnah atau hadith - semoga mereka mendengar.

Saranan saya ialah -


KALAU BETUL-BETUL MENGAKU MEMBELA SUNNAH DAN HADITH....

1-tumpukan kepada mempelajari ilmu asas hadith terlebih dahulu - sama ada dinamakan Mustolah Hadith, Usul Hadith dan sebagainya - agar dapat memahami dengan lebih jelas. Jangan terus melompat tetapi gunakan tangga-tangga ilmu dalam bidang ini.

2-pelajari Bahasa Arab sedikit demi sedikit kerana kelemahan penguasaan Bahasa Arab akan menjejaskan penguasaan ilmu hadith. Pedulikan saranan mereka yang berkata 'tak perlu belajar arab pun tak apa sebab buku hadith dah banyak diterjemah' dan saranan ini berlegar dalam sebahagian bergelar geng sunnah ini. Hakikat pahit yang anda geng sunnah perlu akui ialah Bahasa Arab merupakan asas utama ilmu Islam termasuk ilmu hadith.

3-sertai kuliah pengajian hadith secara berguru semampu mungkin. Tak banyak pun tak apa tapi ada. Jangan hanya asyik di depan pc kemudian sibuk memberi ulasan tentang hadith. Asyik sangat berforum tentang ilmu-ilmu Islam sedangkan ilmu tidak dicari dan dipelajari secara formal. Hadith 40 pun tak pernah habis dibaca..apatahlagi Sahih Bukhari yang mengandungi beribu hadith - tetapi nampaknya begitu berani dan kedepan dalam menjawab persoalan hadith? Usah berbangga dengan kecanggihan software tertentu seperti Maktabah Syamilah dan lain-lain. Pengajian tradisi berguru dalam bidang hadith perlu diteruskan untuk mendapat ilmu dan juga adab.

4-jangan hanya taksub kepada seorang dua ulama, seorang dua ustaz, seorang dua guru. Itulah sebab yang menjadikan pemikiran sebahagian geng sunnah ini begitu tertutup. Akhirnya kebenaran hanyalah mereka...merekalah yang tahu tentang sunnah. Sedangkan ramai lagi orang yang mereka gelarkan 'tidak sunnah' lebih faham tentang hadith, lebih banyak mengaji dan belajar dengan ulama, lebih banyak himpunan sanad perguruan hadith, lebih beradab, lebih tahu dan lebih pandai. Adakah geng sunnah hanya ada dua tiga orang guru? Patutlah ilmunya kurang.

kalau anda siang malam pagi petang menghebohkan anda ialah geng sunnah...tapi tak buat 4 perkara di atas....

Pergi tidur lagi baik...ramai lagi orang yang bersusah payah menuntut ilmu tapi tidak 'sepening' anda.

Saturday, November 20, 2010

Semuanya Salah Engkau..Bukan Aku!


Penyakit ini diharap tidak berjangkit kepada saya dan anda. Kerana kalau berjangkit, susah diubati. Tujuan orang yang sebegini bukan mencari kebenaran, tapi membuktikan dia sahaja yang benar. Orang tu salah, orang ini salah..orang itu tak betul..orang ini tak betul...

Dinafikan kebaikan orang...
Diwar-warkan kebaikan sendiri...
Tidak belajar dari yang muda..
Menghentam yang tua...
Angan-angan tinggi tapi usaha tiada...
Bercakap soal keterbukaan tapi tertutup...
Kalau kita memujinya, kita lah sahabatnya...
Kalau kita menegurnya, kita dipanggil 'ustaz tak ada manhaj'
Hujahnya menolak ilmuan ialah dengan label 'tak salafi'
Hujahnya menolak perbincangan ialah 'orang tu tak belajar hadith'
Hujahnya menolak pandangan berbeza 'orang itu liberal'
Mengajak umat bersatu, tapi rakan taulannya dikutuk dan dilabel
Memuji kerana inginkan sesuatu
Mengeji juga kerana inginkan sesuatu
Kerjanya bukan menyebar ilmu, tapi mengulas isu
Kalau orang berdakwah, semuanya 'tak aula'
Kalau orang berfalsafah, semuanya 'tak ada faedah'
kalau orang bercakap tentang tarbiah, dilabelnya 'putus cinta'
Orang lain semua kena dengar cakap 'presiden'?

Thursday, November 18, 2010

Majlis Ilmu 'Umur Aisyah Semasa Berkahwin'

Tajuk: UMUR AISYAH SEMASA BERKAHWIN - MEMPERTAHANKAN HADITH SAHIH

Oleh : Adlan Abd. Aziz

Tarikh: Rabu, 24 Nov 2010

Masa: 8.30 mlm

Tempat: IS Hall, No. 1-5-2, Wisma Prima Peninsula, Jln Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur(Atas Saba Islamic Media)

Tuesday, November 16, 2010

Saturday, November 13, 2010

Siapa Anda Untuk Nasihat Saya?

Mengukur kebenaran bukan dengan menggunakan kedudukan atau pengaruh. Biasa sahaja orang yang 'nobody' itu benar dan orang yang 'somebody' itu salah. Kebenaran diukur dengan bukti...dengan hujah...kalau saya benar, saya buktikan dan kalau saya salah, buktikan saya salah...dengan penuh jujur dan berfakta. Itu sepatutnya. Tetapi...

Saya masih ingat bagaimana saya menegur atau menasihat seorang yang dilihat sebagai 'somebody' oleh penyokongnya dalam dakwah. Tetapi malangnya penasihatnya menuturkan kata keramat:

SIAPA ANDA (NOBODY) UNTUK NASIHAT DIA (SOMEBODY)?

atau dalam kata bahasa utara yang penuh dengan emosi:

HANG SAPA NAK NASIHAT ORANG?

Masa berlalu...akhirnya tiba masa 'somebody' itu pula menegur seseorang yang nyata jauh lebih berpengaruh daripada beliau. Pengikut-pengikut setia tokoh yang lebih besar itu menuturkan pelbagai reaksi...tetapi reaksi-reaksi itu boleh saya ringkaskan dengan kata penuh semangat:

HANG SAPA NAK NASIHAT ORANG YANG LAGI BESAQ DARI HANG?

SIAPA ANDA UNTUK NASIHAT SESEORANG YANG LEBIH HEBAT?

Saya amat berharap 'somebody' itu merasai apa yang pernah saya dan sahabat-sahabat (atau bekas sahabat2) beliau rasai kerana kesalahan menegur atau menasihat beliau ...semata-mata kerana kami ialah 'nobody compared to him'...

Sometimes, you keep on critizing people for their mistakes...but the fact is :

YOU ARE DOING THE SAME MISTAKES!

And that advice is for me and for you...for those who think!

Friday, November 12, 2010

'MUDAH SANGAT' PERCAYA YANG PELIK

CERITA PELIK MEMANG BANYAK
Kita semua tahu bahawa terdapat pelbagai cerita dan kisah ajaib serta pelik yang ada dalam pelbagai sumber media. Saya tidak hairan sangat ia ditonjolkan kerana kita semua tahu media yang melakukan begitu bukanlah bertujuan untuk menyampaikan cerita tetapi lebih kepada 'menjual' cerita.

Orang perseorangan juga mempunyai pelbagai tujuan bila terbit dari mulutnya kisah-kisah sebegini. Ada yang ingin membuktikan sesuatu kelebihan pada dirinya, ada juga yang bertujuan 'menginsafkan' atau 'menakutkan' pihak tertentu dan ada pula yang sememangnya suka bercerita bagi menghiburkan hati duka.

Apatahlagi dalam bentuk video, segalanya mungkin jadi kenyataan. Terdapat pelbagai penipuan visual yang menjadikan kita terkejut kemudian ketawa ada di mana-mana. Kecanggihan teknologi boleh menukarkan sebuah kereta menjadi robot yang menari !

KALAU KANAK-KANAK YANG PERCAYA, MUNGKIN OK
Saya tidaklah begitu ambil kisah jika kanak-kanak yang percaya semua cerita ajaib dan pelik ini. Maklumlah kita sebagai kanak-kanak dulu juga amat suka perkara ajaib. Saya dan abang menghabiskan masa berjam-jam mencari buku-buku 'unsolved mysteries' seperti ufo, loch ness monster, bigfoot/yeti/sasquatch, cottingley fairies, shc dan sebagainya. Daripada kisah pertembungan ufo di roswell sehinggalah kepada alien autopsy dan juga kisah hantu-hantu malaysia yang mempunyai pelbagai versi dan bentuk - sampai sahabat saya bercerita dia nampak hantu ada lampu kat dada - macam ultraman!

BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI...
Tapi apa yang paling menghairankan - sepatutnya tidak berlaku - ialah masyarakat kita yang belajar di universiti sehingga ke luar negara atau ke peringkat yang tinggi dalam akademik - begitu mudah percaya kisah-kisah sebegini. Dan kehairanan ini bukan pada 'mempercayai' semata-mata tetapi pada:

mempercayai tanpa bukti yang boleh diterima oleh ilmu dan akal.

Ini yang membingungkan saya apabila kisah-kisah mistik - hantu jembalang, ilmu kebal, batin, sehinggalah kepada bigfoot atau ufo - begitu mudah dipercayai tanpa ada sebarang kajian, penyelidikan atau paling kurang satu pemikiran yang serius.

UNEXPLAINABLE - TAK SEMESTINYA AJAIB
Mungkin ada kisah-kisah itu yang tak dapat dijelaskan - unexplainable - tapi adakah 'unexplainable' terus dikatakan benar? Masa ke semasa kita bertembung dengan pelbagai jenis manusia yang dilihat begitu bijak dalam aspek-aspek ilmiah tetapi apabila bertemu dengan kisah-kisah ajaib, nampaknya dia tidak menggunakan kebijaksanaan tadi untuk memikirkan dan mengkaji.

CONTOHNYA..
Saya pernah bertemu dengan orang yang terlalu percaya kepada 'pembedahan batin' iaitu pembedahan tanpa menggunakan kepakaran perubatan dan kelayakan, tapi boleh membuat pembedahan malah tanpa ubat bius dan sebarang bantuan! Apabila saya katakan kepadanya 'penatlah doktor-doktor belajar bertahun-tahun untuk mahir dalam pembedahan...sedangkan orang ini tanpa apa-apa sijil boleh operate badan orang...tanpa ubat!'. Apa jawab orang yang memiliki ijazah ini? Katanya 'mungkin dia ada ilmu yang Allah berikan padanya?'. Saya sekali lagi bingung.

Juga saya pernah bertemu dengan orang yang terlalu percaya bahawa 'wrestling' itu benar semuanya. Saya katakan kepadanya gusti ni semuanya 'scripted'. Dia kata 'eh kan diorang luka, sakit, merah badannya kena pukul?'. Malang sungguh dia tidak dapat beza antara 'scripted' dan 'fake'.

Apabila 'the masked magician' mendedahkan pelbagai tipu daya ahli silap mata terkemuka dunia dalam melakukan ilusi, rupanya ada yang terkejut dan salah seorangnya pernah berkata di depan saya 'aku ingatkan betul2...rupanya tipu'. Aduh...begitulah kita.

TAK HABIS-HABIS CERITA 'ORANG' NAMPAK 'HANTU'
Pelajar-pelajar sekolah saya sering membawa cerita 'saya nampak hantu' atau 'saya jumpa orang yang nampak hantu' atau 'saya dengar cerita ada orang kata dia jumpa orang nampak hantu'. Ini tak pelik. Tetapi yang memenatkan kita ialah orang dewasa yang cukup sempurna pancainderanya dan ilmunya....membawa kisah sebegini. Rupa-rupanya bukan dia yang nampak...tapi 'saya rasa saya nampak'. Itu masih boleh difahami. Tapi kadang-kadang bercerita bagai nak rak, rupanya 'saya jumpa orang yang rasa dia nampak'. Letih!

Ingat lagi cerita bomoh dalam 'nasib do re mi'?? Boleh download di youtube untuk sama-sama difikirkan....