Thursday, August 21, 2008

BAGI SALAM PUN TERKEJUT KA?


Tentu anda yang membaca tulisan ini pernah pergi ke sesuatu tempat lalu anda memberi salam tanda permulaan...apa jawapan yang anda selalu dapat? Sudah tentu salam anda dijawab, bukan? Kalau tak semua pun, pasti ada orang yang menjawab.

Begitu juga dengan saya. Kadang-kadang saya masuk ke tempat-tempat tertentu tanpa ada idea untuk memulakan bicara. Pastilah kita akan memberi salam, terutamanya apabila orang yang di hadapan kita ialah orang-orang Islam.

Hari ini, buat pertama kalinya saya masuk ke satu tempat dengan memberi salam, tetapi TIDAK DIJAWAB. Bukan kerana tidak ada orang...ada. Ada dalam 3-4 orang yang berada di ruang hadapan ketika saya melangkah masuk dan memberi salam. Tapi sebaik sahaja saya berkata 'assalaamu'alaikum'...semuanya memandang ke arah saya dalam keadaan terpinga-pinga...'aku salah bagi salam ke?' detik hati saya.

Mungkin disebabkan beberapa sebab yang tak dapat kita ketahui...mereka tergamam ketika saya memberi salam...mungkin sebab mereka tak pernah jumpa saya kot? Atau mungkin kerana mereka terkejut ada juga orang bagi salam?

hehe..ada juga orang mcm ni kan?

anda pernah ada pengalaman yang sama ke?

5 comments:

Dr. Bentara said...

depa terkejut tengok aura kesolehan anta tu... tu yang tergamam tak terkeluar kata2 tu...

yang biasa bagi salam, dua2 kata Assalamuallaikum pasal berebut nak bagi salam dulu. Last2, dua2 tak terjawab wa'alaikumsalam warahmatullah. Camana tu eh?

alitantawi said...

bentara- aha. kalau dua2 bagi salam, tak kena rasanya. mesti ada yg mengalah untuk jawab. baru selesai masalah. kalau dua2 jawab pun selesai juga. hebat2.

gm said...

nice blog

Anonymous said...

Pernah gak sy bg salam dlm kelas tp org gelak... Sbb salam yg sy bg x mcm org lain bg... Biase org bg salam, "Salamualaikom" - bunyi kemelayuan tp sy bg "Assalaamualaikum"... - Dgn mengekalkan bunyi arab... Tp kene gelak... huhuhu

Anonymous said...

dah tu, guane kalo orang bagi salam dengan huruf yang salah (huruf ain macam alif, sin da macam tha & kaf macam qof) dan ada ala-ala Apek bagi salam (samekom) gitu, wajib gak ke jawab?