Thursday, July 10, 2008

Terkenang Semasa Dulu....Best!



Baru sebentar tadi seorang sahabat sejak di bangku sekolah telefon...'hang cuba buka tv1'..saya pun buka tv1..rupa-rupanya ada persembahan nasyid dari bekas sekolah kami berdua...

Bukan itu yang menyentuh hati..tetapi nama kumpulan nasyid tersebut masih lagi seperti waktu kami asaskan dahulu...fuh...menangkap ke dalam qalbu!

Teringat semasa dulu...susah payah menubuhkan kelab nasyid buat julung-julung kali di sekolah. Pelbagai dugaan dan cabaran..ada pujian, ada kritikan...

Akhirnya...kami berjaya membuat persembahan demi persembahan di sekolah. Masih ingat lagi sewaktu sama-sama bernasyid dan berkompang serta bergendang...(itu saja alat yang kami tahu mainkan)..

Tak sangka...setelah 13 tahun...kumpulan kecil yang diasaskan itu kini muncul di kaca tv ..kekal dengan nama yang kami fikirkan bersama dahulu! Walaupun adik-adik itu tidak lagi kenal siapa pengasasnya, kami tumpang gembira di atas kemajuan dan kejayaan mereka..

Best...best...

4 comments:

Dr. Bentara said...

Dulu masa di MRSM saya bersama dengan sebuah band, bermain drum. Glamer masa tu kalau ada talent show.

Kalau saya sekolah agama dulu, probably dah join band nasyid.

Sebabnya, saya minat muzik.

zarseries said...

pasni kang kumpulan lempiang bakaq masuk tv...

buat iklan..hehe..

antara kenangan kat smksr..

alitantawi said...

bentara - band pun ok kalau lagu2nya ok. tak mesti kump. nasyid.

zar - lempiang bakaq? wah...lama tak dgr nama tu. kenangan2...hehe

Dr. Bentara said...

Bagaimana pula dengan nasyid yang di'Metal'kan...

link sini http://krenmaut.blogspot.com/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-dengan-nasyid.html