
Tuesday, June 22, 2010
KAMUS B.ARAB PMR

Kamus PMR - mengandungi makna perkataan yang terdapat dalam buku teks B.Arab Tingkatan 1,2 dan 3. Disusun dengan carian yang mudah mengikut huruf pertama setiap perkataan.
Saturday, June 19, 2010
Dalam Fiqh, Saudi…Dalam Hadith, al-Albani…’Itu Kajian Ilmiah’?
Sifat gopoh dalam memberikan pandangan adalah sifat yang boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja. Apa yang terhasil daripada kegopohan seringkali akan membawa kesan yang negatif. Kadangkala sifat gopoh sering dikaitkan dengan usia muda atau peringkat awal menuntut ilmu. Apa yang penting, jangan malu dan degil untuk berubah kerana manusia tidak sempurna terutama penuntut ilmu di usia muda.
Di antara contoh kegopohan dalam memberikan pandangan ialah – Terdapat sebahagian penulis, penuntut ilmu malah pendakwah yang apabila timbul sesuatu persoalan dalam fiqh atau timbul perbincangan tentang kedudukan sesuatu hadith sama ada sahih atau tidak, maka timbullah dan kedengaranlah suara-suara bersemangat yang menyeru ke arah kajian, manhaj, tarjih, tahqiq dan perkara yang sewaktu dengannya. Lalu keluarlah pandangan yang paling ‘rajih’ dan pendapat yang paling kuat atau tepat. Persoalannya, benarkah itu yang ‘rajih’ dan betulkah itu yang paling kuat?
Apa yang penulis temui agak berlainan. Seruan yang indah dan hebat itu rupanya menutup satu kecenderungan memilih pendapat aliran tertentu. Ringkasnya, di dalam fiqh, mereka sebenarnya cenderung memilih pandangan ketat atau pandangan ulama dari Arab Saudi beraliran salafi (terdapat banyak jenis salafi). Manakala di dalam hadith, mereka sebenarnya cenderung memilih pendapat syeikh al-Albani.
Persoalannya, adakah saya akan mengkritik semata-mata kerana mereka cenderung kepada fiqh salafi Saudi dan hadith dari al-Albani? Sudah semestinya tidak. Itu pilihan masing-masing dan mungkin mereka ada sebab untuk memilih sebegitu.
*Apa yang saya ingin jadikan nasihat dan teguran ialah sikap mereka yang melaungkan slogan-slogan kajian ilmiah yang nampak sememangnya 100% ilmiah…sedangkan hakikatnya tidak begitu!
*Saya juga membangkitkan isu ini kerana ingin mengelakkan lebih ramai golongan yang berani tidak bertempat sebegini. Saya katakan berani tidak bertempat kerana melihat kepada kemampuan ilmu mereka yang melakukan perkara ini. Semangat mereka nampaknya melebihi ‘usia’ ilmu pada diri mereka.
*Kita juga perlu sedar bahawa terdapat ramai ulama sejak zaman berzaman hingga ke hari ini. Kenapa menghadkan kepada Ulama Saudi dan al-Albani?
Di antara punca utama perkara ini berlaku (sekadar maklumat yang ada pada penulis) ialah :
1- Pembacaan yang terhad. Membaca hanya buku-buku tertentu dan tidak dapat keluar daripada sangkaan tertentu terhadap ulama dan buku tertentu.
2- Pembacaan buku-buku kedua dan bukan sumber utama. Mungkin disebabkan tidak dapat membaca dalam bahasa asal iaitu Bahasa Arab atau mungkin juga kerana buku-buku kedua dan ketiga lebih ringkas dan dianggap memadai.
3- Keinginan dan nafsu ingin pergi ke tengah medan dakwah agar dikenali sebagai golongan ilmiah dan boleh memberikan pandangan terus daripada dalil dan nas.
4- Tidak melalui proses menuntut ilmu secara berperingkat dan tidak mempunyai guru yang memberikan panduan berterusan.
5- Tidak bergaul dengan pelbagai lapisan penuntut ilmu untuk berkongsi bersama apa yang ingin dikaji. Hanya berkawan dengan aliran masing-masing.
6- Tidak bersedia menarik balik pandangan atau membuat muhasabah terhadap sesuatu pegangan.
7- Bersungguh untuk mematikan hujah lawan walaupun dengan cara tidak ilmiah.
8- Tidak mengikuti perkembangan ilmu. Memadai dengan apa yang telah diketahui.
Contohnya ada sebahagian yang menulis tentang persoalan fiqh. Kadangkala latar belakang bukan daripada golongan agamawan, tetapi mereka mendakwa melakukan kajian berdasarkan dalil. Itu hak mereka untuk mendakwa. Apabila menulis – sama ada dalam bentuk buku atau artikel – mereka amat gemar menekankan aspek kajian, ketelitian, dalil yang sahih, rujukan muktabar dan sebagainya. Tetapi apa yang sering berlaku ialah : apabila tiba persoalan fiqh, mereka akan ketengahkan ulama dari Arab Saudi atau dari aliran ‘salafi’. Apabila tiba persoalan hadith pula, mereka akan utamakan pandangan syeikh al-Albani atau murid-muridnya dan yang sealiran. Inikah rupa ‘tarjih’, ‘tahqiq’ dan ‘dalil’?
Terlintas juga persoalan di hati – sejauh manakah mereka mampu untuk menyemak buku-buku asal dan utama dalam kajian ilmu Islam? Bukankah buku-buku itu ditulis dalam Bahasa Arab? Kalau mereka (sebahagiannya) mengakui mereka tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab, bagaimanakah kita boleh yakin dengan ‘kajian’ dan ‘penyelidikan’ mereka? Atau sebenarnya mereka mengambil kajian orang lain? Sekali lagi saya ulang, perbuatan mereka mengambil pandangan dan kajian ulama tertentu tidak salah. Tetapi ‘cara’ ia diiklankan seolah seperti kajian ilmiah…itu yang ingin ditegur.
Golongan sebegini juga kadangkala kita dapati terlalu mudah menghentam dan mengkritik orang lain yang didakwa pula ‘tidak ilmiah’, tidak ‘tarjih’, tidak mengkaji…inilah yang menyebabkan saya menulis untuk menasihat mereka, dan juga menasihati penuntut ilmu lain agar menjauhkan sikap sebegini.
Hakikatnya kita manusia lemah. Kadangkala kita yang sering melaungkan ‘ilmiah’ dan ‘tahqiq’ sebenarnya tidak ilmiah mana dan tidak tahqiq mana pun. Tetapi kecenderungan dan nafsu untuk memperlihatkan kepada orang lain kita adalah ilmiah dan mengkaji menjadikan kita lupa bahawa kita sebenarnya tidak mampu pun untuk membuat kajian yang ilmiah. Sebagaimana ada yang mendakwa dirinya ‘terbuka’ dengan semua aliran, tetapi hakikatnya kawan sendiri yang dilabel sebagai ‘tidak ada arah tuju’ atau ‘tidak ada manhaj’ bahkan ‘tidak salafi’.
Ada yang menulis seolah dialah yang membuat kajian sedangkan ia diambil dari buku tertentu. Kajian fiqh yang diambil daripada buku-buku huraian fiqh ulama Arab Saudi dijadikan asas dan ia dikeluarkan dalam bentuk ‘kajian perbandingan ilmiah’. Ada yang mendakwa dirinya membuat kajian terhadap hadith sedangkan kesemuanya diambil daripada orang lain. Ada yang pandai menutup perbuatan ini dengan menyatakan ‘Riwayat al-Tirmidzi’ dan tidak memasukkan ‘dinilai sahih oleh al-Albani’. Sedangkan kita tahu daripada buku rujukannya bahawa dia menggunakan pendapat syeikh al-Albani semata-mata dan mengabaikan terus penilaian al-Tirmidzi.
Saya sememangnya diberitahu bahawa ada pula golongan yang hampir serupa yang meghadkan ulama tertentu sahaja yang dianggap ‘benar-benar ulama’. Begitu ramai ulama zaman berzaman tetapi hanya dua tiga orang sahaja yang dianggap benar-benar ‘bermanhaj’? Patutlah mereka sempit dan tidak tahu membuat kajian perbandingan!
Itulah yang ingin ditegur…sempit, terhad, tetapi mendakwa diri ‘luas’, ‘terbuka’, membuat ‘kajian ilmiah’ dan ‘tarjih’ serta ‘tahqiq’. Berani tidak bertempat dan menghadkan pengambilan ilmu.
Saya berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah mengingatkan saya dan menyedarkan saya daripada ‘cenderung’ kepada mana-mana pihak sehingga tidak ilmiah. Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang suka memberikan ‘sudut ketiga’ dalam perbincangan ilmiah yang akhirnya menjadikan kita merasa kerdil dan menghormati ulama. Jazakumullah kerana telah menyedarkan saya bahawa ilmu itu adalah apa yang ada di dada..bukan semata-mata di hujung mata pena dan kertas sahaja.
Adlan Abd. Aziz
Thursday, June 17, 2010
Dua Situasi Tentang Berzikir Selepas Solat
Tetapi...
Dua situasi dan keadaan yang saya alami membuatkan saya terfikir...adakah kita selama ini peka terhadap 'cara' kita berzikir selepas solat?
Situasi 1:
Saya bersama sahabat baik saya Cikgu Hanif (Pemuda Iman) bersama-sama pergi ke beberapa tempat untuk membeli buku, makan dan berbual. Kami singgah solat maghrib di sebuah masjid yang baru dibina di salah sebuah bandar kecil di Kedah. Apabila sampai, jemaah baru sahaja selesai solat maghrib. Lalu saya, Cikgu Hanif dan seorang lagi pemuda solat berjemaah dan saya menjadi imam. Apa yang membuatkan saya terkedu ialah betapa kuatnya dan lantangnya suara imam mengalunkan zikir selepas solat. Sehinggakan saya menghadapi kesukaran memperdengarkan bacaan untuk makmum. Selepas solat cikgu Hanif mengadu bahawa dia sendiri hampir tidak dapat mendengar saya membaca al-Fatihah dan surah-surah selepasnya.
Adakah ini caranya kita berzikir?
Situasi 2:
Saya solat di salah sebuah masjid yang berhampiran dengan rumah. Selepas solat saya tunggu untuk berzikir dan berdoa bersama imam. Apa yang membuat saya begitu hairan ialah 'kelajuan' imam membaca zikir. Terlintas di hati saya : 'Hang ni kalut nak pi mana?'. Terlalu laju, sehingga saya dapat mengenal pasti beberapa kesilapan dalam bacaannya.
Adakah ini caranya kita berzikir?
Saya bukan ingin membangkitkan adakah kita perlu berzikir...sememangnya zikir selepas solat adalah amat digalakkan..
Tetapi..saya merasakan tiba masanya kita perlu merenung kembali...bagaimanakah cara terbaik untuk kita berzikir?
letih..letih...
Wednesday, June 09, 2010
Setiap Hari Kita Adalah Insan Baru....dengan syarat..
Di antara penyakit merbahaya yang melanda sebahagian kita - bahkan termasuk penulis sendiri - ialah kita berhenti menambah ilmu. Ilmu kita menjadi statik dan kita tidak ada modal kecuali apa yang telah sedia ada dalam kotak ingatan semata.
Malah penyakit ini akan merebak menuju satu tahap yang lebih kronik - kurang nafsu dalam mencari dan menambah ilmu. Apa lagi penyakit yang paling kronik melebihi penyakit kurang berminat, kurang 'passion' dalam mencari ilmu? Tolong beritahu saya.
Bukan ilmu tentang dunia sahaja. Ilmu agama bagaimana pula? Bukan ilmu tentang agama semata-mata, ilmu keduniaan apa ceritanya?
Apa pandangan anda tentang orang yang hilang nafsu pada keduanya???
Sepatutnya setiap hari kita adalah manusia baru. Manusia baru dengan ilmu baru, pengetahuan baru, pengalaman baru, semangat baru. Mungkin kita akan terbabas beberapa ketika, namun kita akan bangkit kembali mencari dan menambah sesuatu yang baru. Itulah manusia yang menikmati dan menghargai nilai kehidupan.
Jangan jadi manusia statik dan mundur. Bukan mundur dengan maksud undur. Tetapi mundur dengan maksud orang lain sudah ke depan dengan ilmu baru sedangkan kita masih tetap di situ. Kita ditinggalkan. Walaupun kita telah melangkah, namun kenapa berhenti sekarang?
Semoga menjadi renungan untuk saya sendiri....dan anda mungkin?
Monday, June 07, 2010
Hadith Kelebihan Membaca Surah : Yaasin dan al-Waaqi'ah
Namun begitu kita juga perlu menyedari satu hakikat yang telah disebutkan oleh imam-imam hadith terdahulu iaitu – terdapat hadith-hadith yang tidak sahih menceritakan ganjaran khusus membaca surah atau ayat tertentu. Adalah menjadi satu perkara yang salah apabila kita mencampur adukkan antara hadith yang sahih dan tidak sahih berkaitan pahala ganjaran membaca Al-Quran.
Bagaimana ingin membezakannya? Sudah pasti ia memerlukan usaha dan pengajian berterusan serta sikap suka bertanya kepada yang tahu. Maka seorang muslim yang berhati-hati akan sentiasa menggunakan dan menyebut hadith yang sahih terlebih dahulu sebelum menyebut hadith-hadith yang tidak sahih. Namun begitu kita semua bersetuju bahawa membaca mana-mana ayat atau surah sudah pasti mendapat ganjaran pahala secara umum. Apa yang kita ingin bicarakan ialah beberapa hadith yang tidak sahih menceritakan tentang ganjaran khusus untuk surah atau ayat tertentu..
Untuk sekadar memberikan contoh, saya ingin menyebut dua hadith yang sentiasa menjadi sebutan sebahagian masyarakat berkaitan pahala membaca surah tertentu:
Pertama:
Hadith tentang kelebihan surah Yaasin. Di antara lafaz yang sering disebut ialah ‘Yaasin adalah jantung atau hati kepada Al-Quran’.
Kedua:
Hadith tentang kelebihan surah al-Waaqi’ah. Di antara lafaz yang popular ialah ia jika dibaca boleh mengelakkan pembacanya daripada kefakiran dan kemiskinan.
Mari kita fahami bersama kedudukan hadith berkaitan dua surah yang disebutkan di atas:
1. Tidak syak lagi membaca surah Yaasin atau Waaqi’ah bahkan mana-mana surah mendatangkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Di antaranya ialah ganjaran umum yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sebuah hadith tentang pahala yang kita akan perolehi apabila membaca setiap huruf di dalam Al-Quran:
Sabda Rasulullah s.a.w. :
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم َرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
Maksudnya:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah maka untuknya satu kebaikan dan kebaikan itu digandakan sepuluh sepertinya. Aku tidak berkata ‘alif laam miim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘laam’ satu huruf dan ‘miim’ satu huruf.
[Hadith riwayat al-Tirmidzi dan dinilai sahih oleh beliau]
2. Namun untuk seorang muslim menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa sesuatu hadith itu ‘sahih’ dan nyata datangnya daripada Rasulullah s.a.w., ia memerlukan keyakinan dan kepastian daripada para ulama hadith zaman-berzaman. Inilah yang tidak ada pada kedua hadith yang kita sedang bincangkan.
3. Hadith berkaitan kelebihan surah Yaasin sememangnya kita boleh temui dalam kitab-kitab hadith tertentu. Tetapi kewujudannya bukanlah bermakna ia sahih dan pasti datangnya daripada Rasulullah s.a.w. Inilah yang sering disebutkan oleh para ulama hadith. Sebagai contoh, hadith tentang Yaasin itu ‘hati / jantung Al-Quran’ kita boleh temui di dalam buku Musnad Ahmad. Dalam masa yang sama kita perlu sedar bahawa anak Imam Ahmad iaitu Abdullah Bin Ahmad pernah bertanya kepada beliau ‘adakah semua hadith di dalam Musnad itu sahih?’. Maka Imam Ahmad menjawab bahawa di dalam ada yang sahih dan ada yang tidak. Beliau berniat untuk mengumpulkan semata-mata.
4. Hadith ‘Yaasin itu jantung/hati Al-Quran’ merupakan hadith yang dinilai dhaif oleh ramai ulama hadith terkemuka. Di antara mereka yang membuktikannya sebagai dhaif ialah seperti al-Mizzi (742H), al-Zahabi (748H), al-Zailaei dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk ulama hadith moden dan masa kini. Untuk perhatian pembaca, hadith ini tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang sahih seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain. Ia juga tidak pernah dinilai sebagai sahih oleh imam-imam hadith terdahulu.
5. Begitu juga dengan kelebihan surah al-Waaqi’ah yang dikatakan boleh mengelakkan kemiskinan. Hadith ini sememangnya telah dijelaskan oleh ulama hadith sejak dahulu lagi bahawa ia tidak sahih bahkan menurut al-Mundziri (pengarang buku al-Targhib wa al-Tarhib) : ‘ia tidak diriwayatkan dalam buku-buku hadith utama’. Di antara ulama yang membuat kesimpulan ia sebagai dhaif ialah seperti al-Zahabi (748H) dalam beberapa bukunya, al-Iraqi (806H) (dalam takhrij Ihya’ Ulumiddin), Ibnu Hajar al-Asqalani (852H) dalam Nataaij al-Afkar dan juga ulama-ulama hadith moden seakan sepakat ia tidak sahih.
6. Kedua-dua hadith di atas tidak sahih dan telah dijelaskan oleh ulama hadith zaman berzaman. Ini bermakna kita tidak boleh menyebutkannya sama seperti kita menyebut hadith-hadith sahih yang lain kerana dibimbangi masyarakat akan menganggapnya benar-benar hadith dan sahih datangnya daripada Rasulullah s.a.w.
7. Sebagai maklumat tambahan, kita dapat melihat bagaimana Imam al-Nawawi (676H) dalam bukunya Riyadhussolihin telah mengumpulkan hadith-hadith tentang kelebihan ayat dan surah tertentu menerusi hadith-hadith sahih. Apa yang menarik, kedua hadith yang sedang kita bicarakan ini tidak beliau masukkan. Ini menunjukkan bahawa kedua hadith ini juga tidak dinilai sahih oleh Imam al-Nawawi.
8. Beramal dengan kedua surah ini atau membacanya sudah pasti dibolehkan dan tidak dilarang kerana ia merupakan amalan yang amat mulia di sisi Allah SWT. Apa yang ditegaskan hanyalah tentang kesahihannya sebagai hadith atau tidak.
Selamat membaca dan selamat beramal.
Alitantawi
Tuesday, June 01, 2010
Berdoalah Untuk Sahabat-Sahabat Konvoi Gaza
Jangan sibuk memberi ulasan semata-mata. Berdoalah dengan setulusnya. Jangan jadi orang yang tidak pernah membantu atau menderma...tidak pula sanggup pergi ke sana...dan tidak berdoa pula.
Berdoalah untuk mereka selalu. Buat masa ini, mereka amat memerlukan sesuatu dari kita. Dari jauh kirimlah doa ikhlas semoga Allah SWT memberikan bantuan kepada mereka...Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Thursday, May 20, 2010
Our Small Place in Allah's Creation - Salman al-Oadah
Our Small Place in Allah's Creation
by Syeikh Salman al-Oadah
People sometimes fancy themselves as being all-important, looking disdainfully from side to side, holding their noses high in the air. But if they would only regard these great and awe-inspiring creations around them, it would give them a sense of humility and they would become humble before their Lord.
Things to Consider:
1. At the time of conception, between five and six hundred million sperm cells pass through the vaginal tract, each of them capable of fertilizing the egg and becoming a human being. But Allah in His wisdom selects one from all of those millions to fertilize the egg, and this one will develop into the fully-formed human being Allah chooses to create, a being that by Allah’s grace possesses the capacity to reason and to dispose of its affairs.
This is how we were all created, so we should feel humility in recognition of the greatness and grandeur of our Lord. We should remember our humble beginnings so we can appreciate the vast difference between that little drop of mixed fluid from which we were conceived and the fully formed human beings we are today. This should compel us to glorify Allah, remain aware of Him at all times, and thank Him.
2. There are over one hundred trillion cells in the human body. Inside each of these cells are organelles, systems, complex processes, and vast stores of information. Each and every detail of the cell glorifies its Lord while carrying out its role in the cell in an exemplary manner.
The nucleus of each cell contains roughly 31 billion nucleotides – the four molecular “letters” on the DNA molecule that spell out the genetic traits of the living organism and regulate its functioning. It is this information that an organism inherits from its father and mother.
This vast number of molecular “letters” that make up our DNA are duplicated in every one of the hundred trillion cells of our bodies. Each one of these letters attests to the greatness of Allah who created them.
3. When we look up at the night sky, we stare off into the vastness of space and the billions of galaxies that are over our heads. Each galaxy is in turn a conglomeration of billions of stars, and these stars are all at various stages in their life-cycles. Some are in the process of being formed. Some are young, others mature, while others are in the throes of death. Each of these stars glorifies Allah in space the vastness of which boggles the mind. Allah alone knows the full extent of the universe. If we imagine a space ship capable of travelling at the speed of light, 186 thousand miles per second, it would take thousands of years for that spaceship to cross a single galaxy, let alone what is beyond it.
Allah says: “But nay! I swear by all that you see, and by all that you do not see.” [Sūrah al-Hāqqah: 38-39]
Allah also says: “Nay, I swear by the places of the stars, and verily that is a tremendous oath, if you but knew.” [Sūrah al-Wāqi`ah: 75-76]
A given galaxy might contain from 100 million to a billion stars, and every day scientists are discovering something new about outer space. The means of observation presently available to science are still quite limited. We, as created beings, should see the greatness of Allah in His creation and view ourselves with humility.
The natural world is an open book that extols the praises of Allah. “The seven heavens and the Earth and all that is therein praise Him, and there is not a thing but hymns His praise; but you do not understand their praise.” [Sūrah al-Isrā’: 44]
Allah also says: “Do you not see that all things that are in the heavens and on Earth bow down in worship to Allah – the Sun, the Moon, the stars; the hills, the trees, the animals, and a great number of human beings? But a great number are (also) such as are fit for punishment. And those whom Allah shall disgrace none can raise to honor, for Allah carries out all that He wills.” [Sūrah al-Hajj: 18]
All the beauty and splendor of the universe that we can see is but a small glimpse of the Creator’s ingenuity.
When a believer reflects on Allah’s creation, it reveals something of the greatness of Allah and His immense wisdom. It brings peace to the believing heart and fortifies a believer’s faith.
Allah says: “Behold! In the creation of the heavens and the Earth, and the alternation of night and day are indeed Signs for people of understanding – those who remember Allah standing and sitting and lying on their sides and reflect on the creation of the heavens and the Earth, saying: Our Lord! You have not created this in vain! Glory be to You. Save us then from the chastisement of the fire:” [Sūrah Āl `Imrān: 190-191]
Wednesday, May 12, 2010
Ini Bukan Sikap Penuntut Ilmu...
Saya ialah seorang penuntut ilmu...dan saya akan terus begitu selagi mana saya sedar ilmu itu lautan luas yang tidak bertepi.
Nasihat saya kali ini khusus saya tujukan kepada mereka yang terlalu mengagungkan salah seorang ulama hadith moden, syeikh al-Albani.
Secara ringkasnya, terdapat dua golongan yang agak melampau dalam menilai usaha dan hasil karya syeikh al-Albani. Golongan pertama ialah yang menganggap syeikh al-Albani langsung tidak ada sebarang jasa, dan menganggap beliau sesat dan menyimpang dari jalan yang benar.
Golongan kedua pula - yang saya tujukan kepada mereka nasihat ini - menganggap syeikh al-Albani yang terbaik dan pendapatnya dalam hadith dan fiqh boleh mengatasi ulama silam dan beliaulah ulama paling tulen.
Golongan pertama dan kedua ini lahir kerana keduanya melampaui batas rasional dan adab sopan. Mungkin pandangan golongan pertama lahir kerana golongan kedua terlalu angkuh menobatkan syeikh al-Albani sebagai satu-satunya muhaddith agung. Mungkin juga serangan balas pihak pertama menyebabkan pihak kedua bertambah taksub?
Fokus tulisan saya yang ringkas kali ini ialah tentang sikap yang baru saya temui (mungkin anda telah lama tahu) terdapat dalam kalangan golongan kedua iaitu mereka yang terlalu mengkagumi syeikh al-Albani. Sikap itu ialah:
- Apabila mereka menilai pandangan ulama lain yang salah atau tidak tepat dengan dalil, mereka akan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa mereka ikut dalil, mereka ikut kebenaran, mereka ikut pandangan ulama tulen, ulama salaf dan sebagainya.Mereka akan menyatakan bahawa sehebat mana ulama itu pun dia tidak maksum. Mereka begitu mudah dan tidak malu menyebut bahawa Imam2 Fiqh seperti Imam al-Syafie, Imam Malik dan lain-lain lagi - salah, silap, tak jumpa hadith, menyalahi kaedah bahasa arab dan lain-lain dakwaan melucukan! Mereka juga tidak segan silu dengan angkuhnya menyatakan bahawa imam2 hadith pula salah mengaplikasikan kaedah ilmu hadith! Imam2 hadith tak jumpa hadith...tak tahu ia dhaif! Pelbagai lagi dakwaan biadap...
TETAPI...apabila mereka terserempak atau terjumpa dengan pandangan syeikh al-Albani yang menyalahi kebenaran, menyalahi dalil, menyalahi ijmak muhaddithin atau fuqaha', mereka begitu lembut dan berlapang dada...sehinggakan mereka berkata ' ini soal ijtihad, masing2 dapat pahala'...'kita hendaklah menghargai jasa ulama'...'kita hormat semua orang'...'kita mesti cakap dengan bahasa sopan'.
Inilah sikap berat sebelah yang cukup memualkan dalam kalangan mereka yang mendakwa mereka memperjuangkan aliran salaf. Mereka mendakwa mereka ingin tajdid kembali kepada salaf. Tetapi adakah salaf yang mereka maksudkan itu salaf yang hanya sesuai dengan aliran mereka?
Contoh mudah utk mengakhiri tulisan ringkas ini - apabila Syeikh al-ALbani menilai sesuatu hadith dengan penilaian 'sahih'....golongan yang taksub ini tidak lagi menoleh ke belakang utk melihat penilaian imam2 hadith agung yang lebih hebat di kurun kegemilangan Islam seperti Imam2 Yahya al-Qattan, Abd. Rahman Bin Mahdi, Ahmad Bin Hanbal, Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari sehinggalah kepada yang lain seperti al-Nasaai atau al-Daraqutni...tidak. mereka cukup dengan kata putus syeikh al-Albani.
Lebih malang apabila ada di antara mereka yang menoleh juga sejenak ke belakang...namun apabila mereka dapati ada imam2 awal telah menilai hadith itu sebagai dhaif....nah! Anda akan melihat bermacam2 alasan diberikan utk tetap 'memenangkan' pandangan syeikh al-Albani.
adakah ini kajian ilmiah? adakah ini semangat tajdid? adakah ini namanya beradab dengan ulama? adakah ini namanya mengagungkan salaf? mereka menolak pandangan ulama salaf...ya mereka menolaknya dan mereka siang malam bertempik ...kami salafi...kami menyokong tajdid.
Saya tidak menulis utk menginsafkan mereka kerana mereka awal2 lagi tidak mahu mendengar. tapi saya menulis untuk menyatakan kekesalan dan menginsafi kelemahan diri.
Jangan kerana ilmu yang sedikit...kita sibuk menghentam pihak itu dan ini...akhirnya kita terperangkap apabila kita sendiri yang menyalahi apa yang kita seru dan perjuangkan.
* artikel ini ditujukan utk mereka yang taksub sahaja. kalau anda tidak, saya katakan ...barakallahu fiika...
Friday, April 23, 2010
Jangan Ingat Menulis Itu Mudah...!!!!
Terkadang terlintas juga di hati - terutama semasa terlalu penat dan kurang sihat - ingin menjawab kepada orang-orang ini - 'maaf, saya sudah kering idea...hang nak tulis, hang tulis..silakan'.
Maaf kalau terkasar tetapi satu hakikat yang amat disalah fahami oleh ramai orang - menulis itu kerja mudah...menulis itu satu perkara yang amat remeh...siapa pun boleh menulis - ini satu perkara yang salah dan salah dan salah.
Mungkin mudah bagi yang asyik menulis tanpa ada matlamat jelas. Mungkin mudah bagi yang menulis dengan hanya 'copy and paste' hasil usaha orang lain. Mungkin mudah bagi mereka yang menulis sesuka hati tanpa ilmu atau rujukan..mungkin mudah.
Dan mungkin mudah bagi orang yang ideanya banyak, ilmunya banyak, hidupnya tersusun...
Tapi ia tidak semudah yang disangka!!!!
Harap mesej ini sampai kepada semua pihak termasuk diri saya yang juga pernah berkata kepada orang lain perkara yang sama.
Tuesday, March 09, 2010
Mengecilkan Ruang Mustahil Yang Dicipta...
Sedangkan kalau kita membaca sejarah orang ternama dan terkemuka dalam pelbagai bidang...sama ada tokoh barat atau tokoh Islam yang sudah pasti lebih hebat dan unggul...kita dapati mereka mempunyai ciri yang sama - mereka 'mengecilkan' ruang mustahil sehinggakan kadang-kadang perkara yang selama ini dianggap mustahil dapat keluar dan tersenarai dalam senarai perkara yang mampu dicapai...malah terbukti ia dapat dilakukan!
Marilah kita bersama menilai kembali...adakah perkara 'mustahil' dalam hidup kita benar-benar mustahil atau kita yang 'memustahilkannya'...?
Kecilkan ruang itu...pendekkan senarai itu...insya Allah..kita boleh.
Sunday, March 07, 2010
Thursday, February 18, 2010
Monday, February 08, 2010
KEM SURE SOLAT 2010

Alhamdulillah...yang dirancang menjadi kenyataan...semua gembira nampaknya - guru-guru, pihak pentadbir, para peserta dan pelajar, para fasilitator...para ibu bapa...

Alhamdulillah..dan terima kasih saya ucapkan bagi pihak SMK Taman Maluri kepada para sahabat dari UIAM yang telah sudi meluangkan masa mengajar adik-adik pelajar...bukan itu sahaja, tapi cuba berkongsi masalah mereka. Jazakumullahu khairal jazaa'.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang telah berkongsi penat lelah dan idea bernas untuk menjadikan kem ini satu kenyataan. Kawan sebenar adalah kawan suka dan duka, penat dan gembira.

Thursday, February 04, 2010
Topik Jumaat Radio IKIM.fm
- Tajuk: Ketawa dan Gurauan
- Adlan Abd. Aziz
- 9.00 pagi.
Wednesday, February 03, 2010
Wacana Hadith - Panduan Menggunakan Hadith Dhaif
- Adlan Abd. Aziz
- Khamis 4 Feb 2010 - 8.30 mlm
- Islamic Info And Services (IIS), Tingkat 5 (atas Saba Islamic Media), Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa
Monday, February 01, 2010
You're right, but is it achievable?
Pertama..katanya 'sepatutnya ustaz hafaz Quran 30 juzuk..baru betul'.
Kedua...katanya 'sepatutnya ustaz mesti jadi macam Ibnu Sina, agama pun terer, perubatan dan sains pun pandai'.
Now it's time for me to hold the talking stick!
memang sepatutnya ustaz hafaz Quran 30 juzuk...saya pun setuju. Sebelum itu saya telah pun memberikan pandangan bahawa kita meletakkan target minimum untuk seorang ustaz - iaitu tahu membaca Al-Quran dengan betul sebutannya, tajwidnya dan lancar. Tapi rupanya kawan saya nak target minimumnya dinaikkan ke tahap hafaz 30 juzuk. Ok la. Kita akui dan kita harap ustaz-ustaz kita jangan putus asa untuk hafaz.
kedua, saya nyatakan pada dia, Ibnu Sina bukanlah seorang tokoh yang sampai ke tahap imam-imam dalam agama. Tapi dia ada asas tentang Islam dan dia belajar tentang Islam. Kita kena faham hakikat bahawa setiap pakar mempunyai bidang yang benar-benar dikuasai, walaupun dalam masa yang sama dia tahu juga bidang lain, tapi tidak sampai ke tahap pakar.
Saya cuma tertanya-tanya pada diri...tapi tak tergamak pula nak tanya pada kawan saya...
- apa yang anda dah lakukan untuk menjadi alim juga dalam bidang agama sebagaimana anda inginkan orang agama alim dalam bidang anda?
- apa yang anda dah lakukan untuk membina generasi akan datang yang alim dalam dunia dan akhirat?
kalau jawapannya dah ada..bagus..
tapi kalau belum ada jawapan..usah meminta sesuatu yang anda sendiri tidak mampu.
* 'sepatutnya' kita perlu gunakan dengan tepat...kalau nak lahirkan seorang ustaz/ustazah yang hebat dalam bidang sains dan lain-lain, kita juga perlu lahirkan para doktor, jurutera, ahli sains dan lain-lain yang hebat dalam bidang agama...
fair and square! but is it achievable?
Saturday, January 30, 2010
Masih Ada Yang Percaya...
Percayakan ramalan, tilikan, jangkaan masa depan, penentuan nasib baik dan buruk...sudah sekian lamanya para ahli ilmu menjelaskan dengan bukti dan kajian...tapi..Masih Ada Yang Percaya.
Puncanya? Keinginan yang teramat sangat untuk berjaya. Keinginan yang teramat sangat untuk tahu masa depan. Ada juga yang secara berseloroh berkata - syok-syok saja. Bukannya percaya pun. Tapi..Masih Ada Yang Percaya.
Kalau suka-suka, kalau syok-syok dan tak percaya, kenapa masih ada masa untuk membuat ramalan atau membaca tafsiran? Ada yang membaca muka, tapak tangan, tarikh lahir, hari lahir, nama penuh, kedudukan dalam keluarga....dari mana semuanya ini? Dari Al-Quran? Hadith Nabi SAW? Ternyata mereka yang melakukannya pun tidak berkata sebegitu. Tapi..Masih Ada Yang Percaya.
Tidakkah kita perlu kenali latar belakang orang-orang ini? Sekurang-kurangnya dari manakah dia belajar 'ilmu masa depan' sebegitu hebat? Adakah ia diajar di universiti? Kalau sekadar belajar tentang 'merancang' masa depan, kenapa pula dia boleh menjadi seorang yang 'mengetahui dengan tepat' masa depan seseorang? Tapi..Masih Ada Yang Percaya.
Orang yang percayakan ramalan sebegini (atau buat-buat percaya) kebanyakannya berpelajaran...berijazah....bijak...kelihatannya begitu moden. Tapi...ya betul...Masih Percaya...
Dan yang menyedihkan...dalam kalangan orang yang 'percaya' dan orang yang 'meramal' itu ada yang beragama Islam...
Adakah itu yang diajar kepada kita?
Wednesday, January 27, 2010
Penghargaan....Sukar Ditemui
tidak menghargai orang yang disayangi...
tidak menghargai...atau kurang menghargai orang lain..terutama 'orang atas' atau 'orang bawah'
kurang menghargai mereka yang berbuat baik kepada kita..
kurang menghargai orang yang sentiasa mendoakan kita...
Penghargaan dan kurang menghargai adalah antara punca pelbagai kedamaian dan pergaduhan...
Wednesday, January 20, 2010
Wacana Hadith: 'Maksud Istilah 'Hadith Gharib' Di Sisi Ahli Hadith'
'Maksud Istilah 'Hadith Gharib' Di Sisi Ahli Hadith'
- Adlan Abd. Aziz
- Khamis, 21 Januari 2010
- Masa: 8.30 mlm
- Tempat: Islamic Info And Services (IIS), Tingkat 5 (atas Saba Islamic Media), Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa.
Saturday, January 16, 2010
Lagu Yang Menyentuh Hati! - Open Your Eyes
(Boleh klik untuk dengar di sebelah kanan tu..)
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......
"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah)
Guide us every single day...
(Allah)
Keep us close to you
Until the end of time...
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........
Repeat "*"
When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
Repeat "*"
Allah...
You created everything
We belong to yo0u
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you