Saturday, July 05, 2008

GENERASI YANG TIDAK PEDULI...?


*Adakah kita sedang menyaksikan kemunculan satu generasi yang tidak kisah..halal atau haram..dosa atau pahala...TIDAK PEDULI SOAL AGAMA?

*Bagi yang pernah menemuinya, pasti mereka akan bersetuju wujudnya segolongan begini..

- Saya tidak mahu meletakkan manusia muslim/muslimah ke tahap malaikat...tapi adakah kita perlu jadi setahap syaitan?

- Saya tidak mahu menolak kemungkinan muslim/muslimah itu melakukan dosa...tapi adakah dengan langsung tidak terusik atau tersentuh di hatinya bahawa dia berdosa?

- Saya tidak mahu menafikan peluang 'taubat' yang dikurniakan Allah SWT untuk orang-orang yang pernah berdosa...tapi adakah dengan menjadikan taubat sekadar mainan?

Kita tahu bahawa setiap manusia melakukan kesilapan dan dosa...

Tapi pilihlah:

A - Manusia berdosa yang sedar dirinya berdosa dan ingin berubah...
B - Manusia berdosa yang langsung tak peduli dosa atau pahala...lantaklah?

Semoga saya, anda dan mereka membuat pilhan yang tepat...

Merasa bersalah dalam melakukan dosa adalah tanda anda beriman! Sebaliknya tidak merasa bersalah dalam melakukan dosa pula adalah tanda....?

4 comments:

zarseries said...

tanda kedajalan!
hehe..

appreciate ide2 ust..
blog ust ni antara blog ruji yang sy lawat..
saya teringin nak pk mcm cara ust pk..

alitantawi said...

zar - itu sangka baik dari anda. saya ni cuma tulis apa yg terlintas di hati. harap2 kita semua pk yg terbaik utk umat.

Anonymous said...

Asalamualaikum wbt ustaz,

Kalau kita asyik bermaksiat, kemudian menyesal dan juga bertaubat, tidak lama selepas itu, kita ulang semula kejahatan kita dan insaf seketika.
Ulang benda yang sama je sampai sekarang walaupun kita tahu itu adalah maksiat.
Apa nasihat ustaz pada saya.

alitantawi said...

- tentang persoalan tu, saya pernah mendengar salah seorang ulama berkata (semasa saya ikuti kelas pengajian ketika menunaikan haji) bahawa 'tidak mengapa bertaubat berulang kali asalkan setiap kali taubat itu dibuat, memang ada rasa penyesalan yang benar dan tidak dibuat-buat'.

Allah Maha Pengampun ...