Saturday, June 28, 2008

Kalau Tidak Tahu, Kenapa Perlu Malu?



* Sebahagian kita mempunyai pelbagai persoalan tentang Islam yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Sememangnya tiada muslim atau muslimah yang tahu semua perkara tentang hukum agamanya (termasuk para ustaz dan ustazah). Oleh itu kita perlu bertanya...tapi...ramai juga yang malu.

* Kalau kita malu bertanya tentang urusan dunia, bukankah itu akan menyusahkan kita juga? Kalau kita malu bertanya tentang ubat-ubatan contohnya, bukankah itu akan melambatkan proses mengubati penyakit?

* Kita selalu melaungkan - Malu Bertanya..Sesat Jalan!

Bayangkan kalau orang yg sakit malu berjumpa/bertanya doktor...atau seorang pelajar malu berjumpa/bertanya guru...atau seorang 'beginner' dalam sesuatu bidang malu bertanya dengan mentornya yang berpengalaman?

Hasilnya: masalah tak akan selesai!

Begitu juga soal agama - yang lebih penting dan lebih besar!

* Buangkan sifat malu tidak bertempat itu...jadikan diri kita berani bertanya tentang soal agama kepada orang yang berilmu.
- Apatah lagi jika perkara yang kita ingin tahu itu akan menentukan baik buruknya tempat kita di akhirat nanti?
- Apatah lagi kalau perkara itu berlegar antara dosa dan pahala?

* dan saya akui di sini...walaupun saya sendiri seorang ustaz...saya tidak malu untuk mengakui bahawa BANYAK lagi perkara yang saya tidak tahu dan pasti saya perlu berhubung dan bertanya dengan kawan-kawan yang lebih tahu....

apa yang nak saya malukan?

3 comments:

BENTARA said...

Ustaz sedia tak publickan henset Ustaz untuk memudahkan orang untuk bertanya?

Contoh, saya ada kemusykilan tentang satu perkara dan saya perlukan jawapan ketika itu juga (atas sebab-sebab tertentu). Dengan adanya contact Ustaz, saya call/sms. Dan kalau Ustaz free time tu, Ustaz pun jawab.

ZAr said...

tahu tapi malu..

nak tanye pendapat enta..
dalam satu situasi..

sekumpulan teman.
lepak2.. dan borak2..

si A bercerita dgn bersungguh2..
fakta itu dan ini..
seolah2 sumenye betul!

sekiranya kita kata itu tidak betul..
dibimbangi si A akan malu pada teman2 yang lain..

camni pe kes??

alitantawi said...

bentara...anta klik2 sikit kat arkib blog ni, ada iklan buku ana. kat situ ada no. hp. :)

zar...ana cadang anta tegur one to one dgn dia.