Tuesday, November 10, 2009

Tahniah Amir!




Tahniah untuk anakku Amir Bin Adlan....dari nombor kedua dari bawah tahun lalu, Amir telah menyahut cabaran dengan berjaya melonjak ke tempat kedua dari atas! Alhamdulillah, terima kasih juga pada para gurunya. Amir sekarang tengah berfikir..'apa agaknya hadiah tok chah?'. :)

Sunday, November 08, 2009

Conciseness in Speech - Dr. Salman al-Oadah

INI ADALAH ARTIKEL YANG DITULIS OLEH DR.SALMAN AL-OADAH DALAM www.islamtoday.com...


'Speaking is an art, as is writing. The Prophet Muhammad (peace be upon him) has been described as possessing "eloquent conciseness" in speech. He would say a few words, but those words would carry an immense wealth of meaning.

His wife, `A'ishah, confirmed this. She said: "He did not have to speak at length like all of you do."

The more condensed an expression is, the more meaning each word must carry. A maxim, for example, is a wise statement with no superfluity, no unnecessary words.

The impetus for abridgement is often scarcity of time. The mind and tongue are compelled, to conserve time, to encapsulate the broadest concepts and most complex ideas in small, easily digestible packages.

It is also quite natural for people to tire from listening to someone droning on. Boredom sets in, and the audience starts looking at their watches, thinking that the speaker really does not have any idea of how to present his or her subject.

Alas, human nature compels us to be long-winded when we speak. At a conference, the very same person who was looking at his watch while the first speaker was presenting her lecture may not act any better when it is his turn behind the podium. He naturally sees what he has to say to be important. He feels others will be just as interested in it as he is. Moreover, he has something new to say, and everything he has to offer contributes something more to the topic than his fellow speakers have provided.

With this mindset, he drones on, until the session chair tells him his time is up. He is shocked and blinks his eyes. He feels there must be some mistake. He has not even gotten to the main point of his lecture…

This is due to ego, and ego knows no bounds. It is a virtue to be able to recognize the power of one's ego and how it influences one's thoughts, behavior, and speech. This recognition is what allows one expect from oneself the same that one expects from others. This is a quality rarely achieved except by those who are very God-conscious.

Most people live by a double standard: one for themselves and one for everybody else. The standard for the self is very indulgent and always ready with excuses. The standard for others is one that easily identifies faults and shortcomings. If the person with this double standard is somewhat fair, he or she will feel sorry about those shortcomings and try to look beyond them. Some people do not even possess this degree of fairness, and look down upon others with derision.

In this regard, Ibn Hibbân narrates the following saying: "One of you sees the sand in his brothers eyes, but fails to see the crud encrusting his own."

Though our egos are mountainous, our speech and actions only reveal their summits. The deep and massive roots of our egos are neither seen nor heard by people, but Allah knows the secrets of our hearts. He forgives us our weaknesses, and He helps us to surmount them. If we are left to the whims of our own egos, we will surely bring ourselves to ruin'.

Sunday, November 01, 2009

Kuliah Pengajian - Siri 'Ulum al-Hadith' 5/11

PERHATIAN - KELAS INI DITANGGUHKAN DAN DITUKAR KEPADA KELAS OLEH XIFU NASER YANG JUGA PENTING. JEMPUT HADIR. TQ

Dijemput hadir:

Siri Pengajian Ulum al-Hadith

Tajuk: Bagaimana Imam al-Bukhari Berinteraksi Dengan Hadith Dhaif

oleh: Adlan Bin Abd. Aziz

Tarikh: 5 Nov 2009

Masa: 8.30 mlm

Tempat:

Islamic Info And Services (IIS), Tingkat 5 (atas Saba Islamic Media), Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa

Monday, October 19, 2009

Sedarlah..Kita Saling Memerlukan!

Bagi mereka yang seringkali tidak menghargai jasa dan sumbangan orang-orang di sekelilingnya...atau mereka yang sukar mengucapkan rasa terima kasih apabila ada yang membantu...atau sesiapa sahaja yang sering menganggap dia tidak perlukan sesiapa...seolah tidak perlukan bantuan keluarga atau rakan...

ingatlah...firman Allah SWT yang bermaksud:

'Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain. Dan rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan'.


Tiada yang lebih benar daripada firman Allah SWT...

Tuesday, October 13, 2009

Jangan Putus Asa...Jangan Terlalu Selesa...

Firman Allah SWT:

Surah : al-Hijr

Ayat : 49 dan 50

Maksud:

Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).

Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya).

.....................

Allah SWT mengingatkan kita yang berputus asa dengan 'pengampunan'

Allah SWT mengingatkan kita yang terlalu selesa dengan 'siksaan'

peringatan untukku dan untukmu..

Thursday, October 08, 2009

Kisah Dalam Al-Quran - Hati-Hati Dengan 'Maklumat Tambahan'

Apa maksud saya dengan 'maklumat tambahan'? Ia maklumat yang tidak ada di dalam Al-Quran tetapi 'dipasangkan' dengan kisah Al-Quran. Maka kelirulah sebahagian masyarakat kita lalu disangkanya 'maklumat tambahan' itu adalah 'Al-Quran' itu sendiri.

Contoh?

Untuk meringkaskan cerita, kita ambil beberapa kisah dalam Al-Quran dan kita lihat bersama untuk membezakan antara 'fakta Al-Quran' dan 'maklumat tambahan'.


Kisah Nabi Yusuf...
seorang wanita, isteri seorang pembesar, menggoda Nabi Yusuf - fakta.

namanya Zulaikha, kisah dia jadi gila, kemudian disembuhkan dan kahwin dengan Nabi Yusuf - maklumat tambahan.

Kisah Nabi Daud...
dia membunuh panglima tentera kafir bernama Jalut - fakta.

Nabi Daud pendek, kulit hitam, selalu sakit, dia bunuh Jalut dengan menggunakan lastik batu, tembus badan Jalut dan badan berpuluh ribu tenteranya - maklumat tambahan.

Kisah Nabi Ayyub...
Nabi Ayyub sakit dan berdoa kepada Allah lalu disembuhkan - fakta.

Badannya semuanya berulat kecuali hati dan lidahnya - maklumat tambahan.

Kisah Nabi Adam...
Nabi Adam dan Hawwa' turun ke bumi dan meminta ampun di atas kesalahan yang dilakukan bersama - fakta.

Nabi Adam turun di India, Hawwa' turun di Jeddah, bertemu kembali di Padang Arafah - maklumat tambahan.


Ini sekadar contoh. Apa yang ingin saya ketengahkan?

1- Jangan sesekali bercampur aduk antara fakta dan maklumat tambahan.

2- Fakta adalah benar 100% kerana ia ada di dalam Al-QUran.

3- Cerita pula tidak dapat dipastikan sama ada benar atau salah. Mungkin ia benar, mungkin juga tidak. Ia perlukan penyelidikan.

4- Selalulah kita berdamping dengan Al-Quran dengan membaca terjemahannya dan membaca pula huraiannya. Barulah kita dapat mengenal pasti fakta yang ada di dalamnya.

Wednesday, September 30, 2009

TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN....- ADAKAH IA HADITH?

"TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"

Telah beberapa kali saya disoal tentang hadith yang disebutkan di atas, yang terbaru adalah selepas kuliah hadith Jami' al-Tirmidzi pada Isnin lepas...

Mungkin patut saya menulis sedikit tentang perkara ini?

DUA PERKARA PENTING
Sebelum menjawab soalan ini, terdapat dua perkara penting yang perlu diketahui dan diyakini bersama:

1-Galakan menuntut ilmu sememangnya terdapat di dalam banyak ayat Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Tiada siapa dapat menafikan bahawa Islam menyuruh dan menggalakkan kita menuntut ilmu.

2-Menyatakan sesuatu sebagai 'hadith' atau 'bukan hadith' adalah perkara rumit yang membawa banyak implikasi terhadap diri dan masyarakat. Oleh itu ilmuan Islam zaman berzaman telah menekankan kepentingan 'penyelidikan' dalam memastikan adakah sesuatu 'madah' atau 'nasihat' atau 'kata-kata hikmah' itu adalah 'hadith' atau 'bukan hadith'. Pelbagai kaedah telah dinyatakan sejak zaman awal Islam hingga hari ini untuk membuat penapisan dan kajian. Pendek kata, kita perlu berhati-hati sebelum melabelkan sesuatu kata-kata itu sebagai 'hadith' dan begitu juga sebaliknya.

BAGI YANG SUDAH TAHU...BAGI YANG BELUM TAHU...

Maka kita pergi kepada jawapan terhadap soalan di atas. Bagi mereka yang belum tahu, ini merupakan satu ilmu baru pada anda dan diharapkan anda akan menerimanya dengan positif. Sekiranya saya tersalah, dialu-alukan untuk menegur dengan penuh sikap 'persaudaraan'.

Bagi mereka yang telah tahu, anggaplah ia sebagai satu peringatan untuk anda pula membuat peringatan kepada yang lain. Kongsilah ilmu kita dengan orang lain, jangan ilmu kita hanya menghiasi diri kita semata. Mungkin terdetik di hati kita..'orang dah tahu kot'. tapi percayalah...walaupun terdapat ramai yang tahu..tapi ramai juga yang masih belum tahu. Jangan jemu memberitahu kerana memberitahu itu juga adalah ilmu.

JAWAPAN DARI BUKU '20 PERSOALAN ASAS TENTANG HADIS'

Secara ringkasnya, saya telah pun menjawab persoalan ini di dalam buku pertama saya iaitu '20 Persoalan Asas Tentang HadiS' yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran atau anda boleh membaca versi e-book di laman web www.hafizfirdaus.com dan ada pautannya di dalam blog ini - alitantawi.blogspot.com

JAWAPAN YANG AGAK BERBEZA...

Saya tidak mahu hanya menyalin kembali 100% apa yang ada di sana. Lalu saya tambahkan dan huraiakan seperti berikut:

1- Kata-kata 'Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad' adalah kata-kata yang membawa maksud yang menepati saranan Al-Quran dan hadith-hadith sahih iaitu - kita seharusnya menuntut ilmu setiap masa selagi bernyawa.

2- Kata-kata ini bukanlah sebuah hadith yang boleh dinyatakan bahawa ia 'sabda Rasulullah S.A.W.' atau 'hadith sahih'. Ini kerana beberapa sebab seperti...

3- Ia tidak direkodkan oleh ulama-ulama utama hadith yang mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Di antara buku utama dalam hadith ialah seperti 'Enam Buku Utama Hadith' iaitu - Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Jami' al-Tirmidzi, Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaaei. Tidak ada satu pun buku-buku di atas yang memuatkan kata-kata 'Tuntutlah ilmu dari buaian..' di dalamnya.

4- Di dalam buku-buku hadith yang lain juga ia tidak ditemui. Di antara buku-buku hadith yang juga tidak kurang pentingnya adalah seperti - Musnad Ahmad, Sahih Ibn Khuzaimah, Sahih Ibn Hibban, Mustadrak al-Hakim, Sunan al-Baihaqi dan lain-lain lagi.

5- Inilah yang menjadikan para ulama hadith zaman berzaman dan termasuk juga ulama hadith moden pada hari ini menyatakan dengan yakin bahawa ia 'bukan hadith'. Di antara ulama hadith zaman ini yang menyatakannya ialah seperti:

6- Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah (wafat 1997) di dalam bukunya yang amat menarik - Qiimat al-Zaman Inda al-Ulama (Nilai masa di sisi ulama) telah menyatakan bahawa kata-kata yang berbentuk nasihat yang baik ini bukanlah sebuah 'hadith sahih' dan ia sama sekali tidak boleh disebarkan sebagai 'sabda Rasulullah S.A.W.'.

7- Walaupun ia adalah kata-kata hikmah yang cukup baik bagi menggambarkan tuntutan menuntut apa sahaja ilmu yang bermanfaat yang berterusan sepanjang kita masih hidup, namun kita sama sekali tidak boleh menyatakannya sebagai 'hadith' atau 'sabda Rasulullah S.A.W. seolah-olah ia memang benar datang dari Rasulullah S.A.W. !

PENYELESAIAN UNTUK MEREKA YANG INGIN BERDAKWAH...

Buat para sahabat yang sentiasa berusaha dan berniat baik untuk menyebarkan mutiara kata tentang Islam, pastikanlah ia benar-benar 'sahih' terlebih dahulu. Sekiranya tidak pasti, bolehlah berbincang dan bertanya kepada yang lebih tahu.

Jangan kita jadi terlalu 'berhati-hati' dalam beberapa aspek tetapi kurang pula pada aspek yang penting seperti menyebarkan hadith yang tidak sahih. Kata-kata yang sedikit tetapi benar adalah lebih baik dari kata-kata yang banyak tetapi bercampur aduk.

RENUNGKANLAH SIKAP BERHATI-HATI SEORANG SAHABAT NABI S.A.W.

Akhir sekali, renungkanlah kata-kata seorang sahabat Nabi S.A.W. yang bernama al-Zubair Bin al-Awwam ketika mana di disoal oleh anaknya Abdullah Bin al-Zubair ...'kenapa ayah tidak banyak meriwayatkan hadith seperti orang lain?'. Ayahnya (al-Zubair) menjawab..'aku tidak pernah berjauhan dari Nabi S.A.W., tetapi aku pernah mendengar Nabi S.A.W. bersabda : 'Sesiapa yang berbohong ke atasku, maka tempahlah tempatnya di neraka.
(Sumber: Sahih al-Bukhari, hadith no.107)

*Perhatikan bagaimana bijaknya al-Zubair apabila beliau menjawab soalan anaknya dengan menggunakan sebuah hadith tentang amaran menyebarkan hadith yang tidak sahih...

Semoga kita semua lebih berhati-hati dan berwaspada kerana itulah metodologi kita, umat Islam.