Monday, July 14, 2008

Bukan Semua Cerita Orang Itu Benar...



Saya teringat antara watak yang saya minati sejak kecil - Sherlock Holmes...Penyiasat Terkemuka....takkan tak kenal?

Sememangnya kita perlu contohi sikap Mr. Holmes. Biar apa yang sampai ke telinga kita akan melalui panel penapisan (sama ada berasaskan logik akal atau berasaskan syariat)...sebelum dipercayai atau ditolak.

Panduan mudah yang boleh saya kongsi bersama...

Kalau sampai kepada kita sesuatu cerita atau berita...lihatlah siapa yang membawa cerita/berita itu. Kalau boleh, bertanyalah serba sedikit tentang cerita/berita itu...bandingkan pula (jika boleh) dengan cerita daripada sumber yang lain...


Jangan kita jadi dua manusia berikut:

1- Mudah percaya apa saja berita/cerita yang sampai ke telinganya.

2-Mudah tak percaya apa saja berita/cerita yang sampai ke telinga.


Tapi kebanyakan orang yang saya temui adalah kategori no. 1.


So, marilah kita sama-sama mengubah sikit (sikit je) cara kita berfikir.

selamat mencuba!

4 comments:

BENTARA said...

Ustaz bercakap pasal politik kenegaraan ni.

Susah nak menyusuri jalan yang penuh muslihat ni.

Nak telah berita yang sahih ni bersandarkan media cetak dan elektronik amat payah. Dua ekstrim do k ada pada isu yang sama.

Saya pilih jadi penonton je. Tak buat keputusan sebab saya tak pasti mana betul mana salah. So camana Ustaz?

alitantawi said...

saya sebenarnya bercakap dlm konteks yg lebih luas.

memang susah juga nak check kesahihan berita ni.

mungkin kalau dah tak tahu mana betul mana salah..elok kita berkecuali je. lebih selamat.

syawal said...

Saya pun nak juga jadi orang yang pandai menapis maklumat.
Tapi, untuk tapis tu pun kena pandai bawa keluar hujah. Inilah yang saya tak mampu nak buat.

alitantawi said...

untuk menapis maklumat, saya rasakan kita perlu menambah ilmu tentang Islam, dan juga tentang hukum alam atau pemikiran kritis/logik. dengan itu kita dapat bezakan sekurang2nya antara - sumber yg diyakini dan sumber yg tak diyakini.

kadang2 kita perlu jg berhujah, tapi itu mungkin tahap yg lebih tinggi. sebelum tepis, kita tapis.

wallahu a'lam