Monday, July 11, 2011

Contohi Sayyid Qutb

Untuk seminar tentang pemikiran tokoh dakwah Sayyid Qutb pada 16 Julai akan datang saya berpeluang membaca pelbagai maklumat tentang beliau. Saya dapati setiap peritiwa dalam kehidupan beliau penuh dengan pengajaran dan amat relevan dalam dunia dakwah masa kini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dijemput hadir ke seminar tersebut di mana saya dan dua lagi pembentang (Ustaz Mohd Syauqi dan Dr Farouq)akan menyentuh pelbagai aspek tentang kehidupan Sayyid Qutb.

Namun begitu saya ingin berkongsi satu aspek positif yang dapat saya pelajari dari beliau iaitu, "gigih menyumbang untuk dakwah tidak kira apa jua keadaan" ini terbukti dengan banyaknya penulisan, program ilmu, aktiviti kemasyarakatan, dan jelajah serta ziarah yang beliau lakukan dalam keadaan kesibukan serta menanggung kesakitan dan tekanan. Kita mungkin boleh menyumbang dalam keadaan tertentu sahaja dengan kadar yang begitu minimun serta sukar untuk istiqamah. Itupun sekiranya badan kita sihat dan tanpa apa-apa tekanan. Namun sayyid Qutb seolah-olah ingin mengajar pendakwah sepanjang zaman agar terus menyumbang tanpa tergangu dengan pelbagai cabaran.

Sesiapa sahaja akan kagum dengan melihat sumbangan Sayyid Qutb yang pelbagai dan berterusan. Inilah ciri pendakwah sebenar, pewaris ulamak silam, penyambung dakwah para nabi dan rasul, bagaiman dengan kita?

jumpa 16 Julai nanti!! lihat di sebelah kanan Blog!!

1 comment:

Ontahapo said...

Harap-harap hasil dari seminar ni nanti bukan setakat dapat menjana pemikiran baru dalam medan dakwah seperti yang ditunjukkan oleh al-syahid, tetapi dapat juga menjanakan tindakan-tindakan ke arah usaha menggerakan dakwah di malaysia, insya allah...!