Wednesday, May 12, 2010

Ini Bukan Sikap Penuntut Ilmu...

-Tulisan ini khusus untuk mereka yang mempelajari ilmu hadith...

Saya ialah seorang penuntut ilmu...dan saya akan terus begitu selagi mana saya sedar ilmu itu lautan luas yang tidak bertepi.

Nasihat saya kali ini khusus saya tujukan kepada mereka yang terlalu mengagungkan salah seorang ulama hadith moden, syeikh al-Albani.

Secara ringkasnya, terdapat dua golongan yang agak melampau dalam menilai usaha dan hasil karya syeikh al-Albani. Golongan pertama ialah yang menganggap syeikh al-Albani langsung tidak ada sebarang jasa, dan menganggap beliau sesat dan menyimpang dari jalan yang benar.

Golongan kedua pula - yang saya tujukan kepada mereka nasihat ini - menganggap syeikh al-Albani yang terbaik dan pendapatnya dalam hadith dan fiqh boleh mengatasi ulama silam dan beliaulah ulama paling tulen.

Golongan pertama dan kedua ini lahir kerana keduanya melampaui batas rasional dan adab sopan. Mungkin pandangan golongan pertama lahir kerana golongan kedua terlalu angkuh menobatkan syeikh al-Albani sebagai satu-satunya muhaddith agung. Mungkin juga serangan balas pihak pertama menyebabkan pihak kedua bertambah taksub?

Fokus tulisan saya yang ringkas kali ini ialah tentang sikap yang baru saya temui (mungkin anda telah lama tahu) terdapat dalam kalangan golongan kedua iaitu mereka yang terlalu mengkagumi syeikh al-Albani. Sikap itu ialah:

- Apabila mereka menilai pandangan ulama lain yang salah atau tidak tepat dengan dalil, mereka akan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa mereka ikut dalil, mereka ikut kebenaran, mereka ikut pandangan ulama tulen, ulama salaf dan sebagainya.Mereka akan menyatakan bahawa sehebat mana ulama itu pun dia tidak maksum. Mereka begitu mudah dan tidak malu menyebut bahawa Imam2 Fiqh seperti Imam al-Syafie, Imam Malik dan lain-lain lagi - salah, silap, tak jumpa hadith, menyalahi kaedah bahasa arab dan lain-lain dakwaan melucukan! Mereka juga tidak segan silu dengan angkuhnya menyatakan bahawa imam2 hadith pula salah mengaplikasikan kaedah ilmu hadith! Imam2 hadith tak jumpa hadith...tak tahu ia dhaif! Pelbagai lagi dakwaan biadap...

TETAPI...apabila mereka terserempak atau terjumpa dengan pandangan syeikh al-Albani yang menyalahi kebenaran, menyalahi dalil, menyalahi ijmak muhaddithin atau fuqaha', mereka begitu lembut dan berlapang dada...sehinggakan mereka berkata ' ini soal ijtihad, masing2 dapat pahala'...'kita hendaklah menghargai jasa ulama'...'kita hormat semua orang'...'kita mesti cakap dengan bahasa sopan'.

Inilah sikap berat sebelah yang cukup memualkan dalam kalangan mereka yang mendakwa mereka memperjuangkan aliran salaf. Mereka mendakwa mereka ingin tajdid kembali kepada salaf. Tetapi adakah salaf yang mereka maksudkan itu salaf yang hanya sesuai dengan aliran mereka?

Contoh mudah utk mengakhiri tulisan ringkas ini - apabila Syeikh al-ALbani menilai sesuatu hadith dengan penilaian 'sahih'....golongan yang taksub ini tidak lagi menoleh ke belakang utk melihat penilaian imam2 hadith agung yang lebih hebat di kurun kegemilangan Islam seperti Imam2 Yahya al-Qattan, Abd. Rahman Bin Mahdi, Ahmad Bin Hanbal, Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari sehinggalah kepada yang lain seperti al-Nasaai atau al-Daraqutni...tidak. mereka cukup dengan kata putus syeikh al-Albani.

Lebih malang apabila ada di antara mereka yang menoleh juga sejenak ke belakang...namun apabila mereka dapati ada imam2 awal telah menilai hadith itu sebagai dhaif....nah! Anda akan melihat bermacam2 alasan diberikan utk tetap 'memenangkan' pandangan syeikh al-Albani.

adakah ini kajian ilmiah? adakah ini semangat tajdid? adakah ini namanya beradab dengan ulama? adakah ini namanya mengagungkan salaf? mereka menolak pandangan ulama salaf...ya mereka menolaknya dan mereka siang malam bertempik ...kami salafi...kami menyokong tajdid.

Saya tidak menulis utk menginsafkan mereka kerana mereka awal2 lagi tidak mahu mendengar. tapi saya menulis untuk menyatakan kekesalan dan menginsafi kelemahan diri.

Jangan kerana ilmu yang sedikit...kita sibuk menghentam pihak itu dan ini...akhirnya kita terperangkap apabila kita sendiri yang menyalahi apa yang kita seru dan perjuangkan.

* artikel ini ditujukan utk mereka yang taksub sahaja. kalau anda tidak, saya katakan ...barakallahu fiika...

15 comments:

zarseries said...

Allahu yubaarik fiik..

abu anis said...

saya abu anis sangat bersetuju dengan pandangan ustaz.apa yang saya nampak ialah fanatik yang melampau di antara dua golongan yg menyebabkan perbalahan.saya rasa muak nak baca kadang2.saya sendiri lebih cenderung dengan pandangan ulamak salaf dalam soal aqidah dan tidak terlalu terikat dgn mazhab.ini lah yg lebih sederhana sebagaimana di sebut oleh Dr Yusuf Qardhawi.

abu anis said...

saya amat bersetuju dengan pandangan ustaz.apa yg saya lihat adanya sikap fanatik yang melampau wujud dikalangan 2 golongan yg menyebabkan tidak bersikap tasammuh bahkan kutuk mengutuk dan lln.saya lebih cenderung kepada aliran ulamak salaf dalam soal aqidah dan tidak terlalu terikat dgn mazhab.inilah sikap yg lebih sederhana sebagaimana yg di sebut oleh Dr Yusuf Qardhawi.

Anonymous said...

salam...

saya setuju dgn tulisan tuan. amat kurang cerdik mereka yg taksub pada ulama. lebih2 lg kpd al-bani, malibari, mahir yasin, torifi.

lebih2 lagi yg mewajibkan bertaklid ulama mutakaddimun.

alitantawi said...

jadi anta nak taqlid siapa? selama ni bukankah kita semua bertaqlid

abu fattah said...

orang yang taksub dengan arnauth macam mana syeikh?

Anonymous said...

tuan. tuan marah orang taksub dengan al-albani. tapi taksub dengan ulamak mutaqaddimun pulak macam mana?

kalau al-albani tuan kata boleh buat kesalahan. bukanlah golongan mutaqaddimun maksum.

memetik kata seorang kawan. ulamak semua hebat syeikh... ana dengan anta je takde hebat apa.

Anonymous said...

aslm..

ana taklid malibari, maher yassin. selalu beremail dgn beliau. bertanya ttg hadis.

bertaklid tak salah yg salah ghulu, bukankah itu yg anta maksudkan dlm tulisan.

perasan dgn diri sendiri,syeikhuna2 itu yg geli geman membaca..

anta tak pernah ajar pelajar2 taksub dgn anta, kalau mereka taksub juga bagaimana?

dakwah itu realiti... sikap oh sikap

Anonymous said...

siapa kita kalau tidak bertaklid.kita kenalah ikut salah satu mazhab yg ada tetapi dgn cara taklid dgn ilmu bukan taklid buta.contoh kita di msia bermazhab syafie salah ke,saya rasa tidak.tidakkah ulamak itu pewaris nabi.nabi tinggalkan ilmu.ilmu itu diwarisi oleh ulamak dan mereka menghuraikan dan memahamkan kepada kita.tapi kadang2 mereka betul kadang2 tersilap bukan sengaja nak buat silap.contoh masalah batal wuduk semata2 bersentuh antara laki2 dan wanita yg halal nikah.dlm majoriti syfie batal,3 mazhab lagi tidak.ulamak2 yg lain dari semasa ke semasa membincangkan maka didapati dalil2 yg kata tak batal itu lebih kuat.maka tidak salah kita yg bermazhab syafie beramal dgn qaul yg tak batal berdasarkan dalil2 yg lebih kuat dan lebih rajih.salah ke?ada yg kata dah keluar mazhab dan macam2.saya rasa tak salah,itulah sikap penuntut ilmu yg sepatutnya bertaklid dgn ilmu bukan taklid buta.apa pandangan tuan2 ustaz yg lebih arif.wassalam.

Anonymous said...

Setuju.. kita selaku umat Nabi Muhammad seharusnya ittiba' nabi... mengikuti mana yang lebih mendekati nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

Anonymous said...

Maksud ustaz ialah kita sedang membincangkan ilmu hadeeth. Siapa lagi kalau kita tak taklid golongan terdahulu.
Semua rijal-rijal hadeeth/perawi-perawi, mana thiqah mana tak thiqah, mana yang sempurna mana yang tak sempurna...bukankah kita taklid penilaian imam-imam terdahulu.
Itu maksud ustaz bila menulis artikel ini.
Kalau kita tak taklid pada imam dahulu, tok sah bincanglah nak nilai hadeeth zaman moden ni. Habis kita nilai hadeeth ikut kitab rijal mana, kalau tak taklid kat penilaian imam2 dulu.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Kita bincang ni dalam konteks ilmu hadeeth lebih khusus lagi penilaian hadeeth.Maksud ustaz kalau kita tak taklid imam2 dulu, imam mana kita nak taklid?

Yang kita percaya rijal ni thiqah perawi ni tak thiqah, rijal ni sempurna yang itu ada kecacatan....sapa yang nilai kalau tak imam2 awal.

So ustaz nak kita fikir sket. Sebelum kita kata ulama dulu silap...cuba kaji lebih sket, mungkin dia sengaja masukkan sebagai sokongan/ atau lain-lain, mungkin kita tak faham tujuan apa dia kumpul hadeeth2 tu dalam sebuah kitab,....sebab zaman mereka lah mereka nilai perawi2 tersebut. itu jer.

Kalau kita tak taklid imam2 dulu, abis camner nak kita nak nilai hadith zaman ni, kitab rijal sape pulak kita nak pakai? Kaedah sapa pulak kita nak pakai? Nak buat kitab rijal baru, nak buat kaedah baru? Amat melucukan jugalah kalau macam tu. Nak tak nak kena taklid la.

abu abdillah said...

habis tu. kenapa kau semua masih lagi sibuk mengkaji hadith?

berhentilah mengkaji jika jalan penyelesaiannya adalah TAKLID.

itulah solusi paling bebal pernah aku dengar dari mulut orang yang mengaku berilmu dan ahli panel jabatan hadis.

kalaulah di dalam fiqh kita canangkan imam itu tak menyuruh kita bertaklid. imam ini tak menyuruh kita mengikut buta.

jadi dalam hadis kita pulak pandai merangka bahawa "bertaklid kepada imam mutaqaddimin itu satu kewajipan!"

itu apa? geli aku mendengar. balik-balik menyuruh orang taklid mutaqaddimin. tapi primer source adalah malibari, torifi dan mahir yasin. bak kata orang utara, 'cemuih' dengan ayat-ayat 'menjilat' syeikh sana syeikh sini.


akhirnya orang yang kononnya nak sampaikan ilmu tak lebih daripada orang yang duduk di dalam sangkar dan mengajak orang lain bersama masuk ke dalam sangkar.

Anonymous said...

berat cara awak berfikir ni.

Ulang tanya, kalau kita tak mempercayai kethiqahan ulama dulu menilai perawi dan menentukan kaedah, ulama zaman ni nak bersandarkan kepada ilmu sape? Kalau tak taklid kat penilaian depa dan 'convinced' dengan kaedah depa, ulama moden ni nak rujuk kat sape?
Lagi satu, bila ulama dulu kat shahih dan ulama sekarang kat dhaif, telah dibuktikan pun ulama zaman moden ni silap dan tersalah faham. Dah berapa banyak ulama yang mengkoreksi Al ALbani contohnya dalam beberapa penilaiannya. Tapi ada orang taksub yang masih tak boleh terima. Itu permasalahannya, orang sekarang mendahulukan Al Albani dari imam dahulu. Ada sampai tahap menukilkan hadtih imam muslim dishahihkan oleh ALbani! Minta maaf kalau saya katakan itu terkeluar daripada method ahli hadeeth yang diwarisi zaman berzaman! Hatta kita tak pernah jumpa ulama menulis hadeeth bukhari, muslim dishahihkan oleh imam-imam terkemuka dahulu, tiba2 dishahihkan oleh ulama moden. Aduhai pelik la pulak.

Nik Mohamad Syazrin said...

wa feeka barakallahu ya ustaz..