Tuesday, July 22, 2008

Solat...Ramaikah Yang Begini??

Tulisan ini berdasarkan kisah benar..
Di sebuah surau yang sedang diubahsuai agar lebih besar...
ramai yang sedang menunggu azan asar...
termasuk beberapa orang pekerja yang berehat sebentar..

Apabila azan dilaungkan...
ada yang bergegas berwudhu' dan menyucikan badan...
ada yang solat sunat dan ada yang bersandar kepenatan...
Namun mereka itu masih berehat dan berbual tanpa silu dan segan..

Apabila iqamah bergema...
kesemua jemaah menuju ke saf merebut takbir pertama...
pekerja-pekerja itu masih berehat seperti biasa...
tak solat ka?..

Ketika solat berlangsung...
imam dan makmum bertakbir dan menyanjung...
mereka tetap di situ, malu seolah tidak wujud langsung..

Apabila imam mengakhiri solat...
berzikir, berdoa memohon berkat...
mereka masih seperti itu, seolah mereka terlalu penat...


- Mereka berada di surau...

- Mereka orang Islam.

- Mereka berhenti dan berehat untuk orang ramai menunaikan solat...

- Mereka berada setiap hari hampir setiap waktu zohor dan asar...


Tetapi mereka tetap tidak solat...

Agaknya puas ajk surau menegur....namun begitu....KALAU DAH TAK NAK..APA NAK DIKATA?

...ramaikah yang begitu???

4 comments:

Dr. Bentara said...

sad to say tapi memang realitinya sekarang solat tu dah jadi macam takde apa2... takde risau takde takut.

alitantawi said...

ya...ini adalah petanda yg tidak baik utk masa depan umat Islam.

kita perlu berusaha utk membantu mengurangkan generasi yang 'tak peduli' atau 'tak kisah' tentang perkara sebegini....

masing2 dengan sasaran dakwah masing2.

ajim said...

memang begitu gamaknya ustaz ali.. teringat tentang kejahilan diri tika zaman2 kegelapan dulu... huhu..

Anonymous said...

Saya tau kenapa depa macam tu... alasannya pakaian mereka kotor...
kotor kerana peluh...
kotor kerana kena tanah...

Akibatnya, mereka payah nak solat sebab malas nak salin pakaian, malas nak basuh badan atau mandi...

Ramai kawan yg macam ni. Bagi yg spare kain ok la...tapi nampak mereka ni mcm susahkan diri saja.
Betul tak ustaz?