Friday, December 11, 2009

Alhamdulillah....Pertemuan Dengan Tariq Ramadan!


11.55pm...baru pulang dari makan malam bersama Tariq Ramadan...best!

Setelah mengenalinya melalui rakan, bahan bacaan dan video ucapannya dari Youtube, tidak kusangka dapat menatap wajah, bersalam dan berbual dengan salah seorang ilmuan dunia Islam terkemuka - Prof. Tariq Ramadan! Syukur pada Allah SWT!

Terima kasih kepada Dr.Farouk (Director, IRF) yang telah memberikan peluang ini.

Anda ingin kenali siapa Prof. Tariq Ramadan? Mungkin boleh mulakan dengan mencari namanya di wikipedia dan laman web lain termasuk laman web beliau.

atau ingin tahu daripada sahabat saya yang menulis tentangnya? Sila buka laman blog kami - pemudaiman.blogspot.com - klik di sebelah kanan anda sekarang!

Apa lagi yang boleh saya katakan setelah baru sebentar tadi berbual dengan beliau?

- Dalam keletihan, beliau masih tersenyum

- Bila ditanya, beliau menjawab penuh kesungguhan

- Bila diminta bergambar, serta merta beliau bersedia

- Pakaiannya begitu sederhana...seperti dalam video2 dan gambarnya

- Tidak putus2 mengucapkan terima kasih kepada yang menyambutnya

- Eh, Boleh bergurau pulak!


Siapa tidak kagum dengan pemilik lebih dari satu tesis master dan phd yang amat sederhana ini..

Esok (12 Disember) dan lusa (13 Disember) beliau akan berkongsi idea dan buah fikirannya dalam program yang dianjurkan oleh IRF. Lihat iklan tentangnya dalam posting sebelum ini dan juga dalam blog pemudaiman.blogspot.com

Alhamdulillah...
Syukur pada Allah atas nikmat ini..
Terima kasih kepada Dr.Farouk dan IRF...

1 comment:

alFaisal said...

Kalau sebelum bertemu terpesona dengan intelektualnya, apabila bertemu pertama sekali yang membuat ana kagum adalah kesantunan adabnya. Mudah diajak berbual dan sering mengucapkan 'barakallahu fik' walaupun kadangkala kita yang 'memenatkan' beliau dengan soalan :)

Ustaz, mohon jasa baik gambar ana yang diambil dengan camera ustaz nanti emailkan pada ana ya hehe. Maaf bikin susah saja. Email ana edry.faizal [at] gmail.com