Thursday, October 30, 2008

SMS Dari Ibuku...

Ketika berada di tempat kerja pagi tadi...saya menerima satu SMS dari ibu saya di Kedah...berikut adalah teks SMS itu dan jawapan saya kepadanya.


SMS dari ibu saya: 'Waktu azan isyak mlm ni alan cukup 30thn'

SMS pendek ini cukup menyentuh jiwa saya. Seorang ibu yang sentiasa ingat kepada anaknya sehinggakan dia mengucapkan selamat hari lahir kepada saya pada hari ini - 30 okt . Sedar tidak sedar, usia sudah mencecah 30 tahun. Terbayang rasa sakit ibu yang melahirkan saya pada waktu Isyak pada 30 Okt tahun 1978. Lalu saya membalas SMS itu dengan ayat yang juga ringkas datangnya daripada hati...

'Alhamdulillah. Allah akan balas susah payah mak melahir dan bela alan sampai jadi besaq mcm la ni'
Ya Allah, kasihilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku..

Ya Allah, ampunkanlah dosanya...terimalah amalannya..

Ya Allah, himpunkanlah kami bersama nanti di dalam syurgaMU...

Ya Allah, kasihilah Ibu yang telah menanggung segalanya untukku, dialah yang mendidikku...dialah yang bersusah payah untukku...dialah yang sentiasa bimbang dan risau terhadap keselamatan diriku sehingga ke hari ini...

Terimalah ibadahnya, kurniakanlah kesihatan pada dirinya, kekuatan pada jiwanya, keberkatan pada hidupnya...ya Allah, siapalah diriku tanpanya...amin ya Allah...

Firman Allah SWT di dalam surah Luqman, ayat 14:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

10 comments:

AKU ,DIA & SESUATU... said...

bismillaah..

assalamua'laikum ustaz..

semoga mendapat husnul khatimah dan diberkati Allah perjalanan 30 tahun..

*canggihnya ibu ustaz, celik sms....=D

WASSALAM

alitantawi said...

wa'alaikumussalaam..

amin dan terima kasih atas doa..

ibu saya bekas guru. itu pun belajar dari anak2nya juga. senang sikit bila dia terer sms.

ahmad faizal said...

saya tak tahu pun??

apa pun, moga ALLAH panjang kan umur ustaz, murah rezeki dan hidup diberkati ALLAH..

juga bahgia selalu

alitantawi said...

terima kasih faizal. no. henset saya ada lagi? hantar la sms, boleh saya save no.

ajim said...

salam ustaz..

wah, tahniah ustaz.. dah mencapai usia matang rasanya.. matang bukan hanya berfikir, tapi juga memilih..

*biarpun usia makin berkurang, namun jiwa tetap muda kan ustz? hehe..

alitantawi said...

:) terima kasih ajim. apabila masuk usia begini, rasanya perlu banyak lg berusaha, berfikir dan berjasa. semoga mampu insya Allah.

ahchonx said...

Assalamualaikum,

Tahniah ustaz. Semoga saki baki umur dapat ustaz dan kami manafaatkan untuk agama Allah.

alitantawi said...

amin. saya amat perlukan doa rakan2 dan sahabat2 semua.

adam666 said...

assalamualaikum..sms ringkas dr ibu ustaz amat menyentuh hati saya.....mmg besar jasa ibukan...anyway....semoga panjang umur..dan hidup makin bermakna juga moga hidup lagi diberkatinya.....amin...

alitantawi said...

aamiin..