Tuesday, May 20, 2008

PENGAJARAN BERGUNA DARI FILEM 'AHMAD ALBAB'


Sambil-sambil menggunakan komputer, rupa-rupanya anak-anak saya tengah seronok tengok cerita Ahmad Albab. Bagi saya yang dah berkali-kali tengok, memang tak kisah sangat dapat tengok ke tidak. Anak bongsu saya - Ahla Adlina - nampak berminat betul...hehe..

Tapi sambil tengok tak tengok tu...tiba-tiba saya 'terperasan' satu dialog dalam filem tu...maksudnya lebih kurang ialah anak orang kaya al-buaya tu kata kepada bapaknya bahawa dia nak buktikan bahawa 'kebahagiaan itu ada pada Tuhan' bukan 'dari bapak'...begitulah kira2nya (sapa2 yang ingat tu minta betulkan).

Terfikir sejenak saya dibuatnya...dah lama dan berkali-kali tengok cerita ni tapi tak pulak sedar adanya skrip yang begitu 'islamik' ini. Memang cerita Allahyarham P. Ramlee banyak nilai-nilai moral, Islamik dan tak kurang juga Bahasa Arab...ada juga perkara yang orang kritik..tapi kita ambil yang jernih, buang yang keruh.

Bagi sebahagian orang, filem2 P. Ramlee jauh lebih baik daripada filem-filem zaman ini....

Apa kata anda?

6 comments:

abu_irfan said...

dalam dialog tu juga ada sebut, kawan dia suruh bawak pegi dukun dia cakap
"dukun semua menipu, tak bleh pakai suma" :)~

Gathering Ahkamers kat IQ ni Ustaz pegi ka?

alitantawi said...

oho..dialog tu ana tak perasan lagi. nak kena tengok pulak nampaknya.

gathering IQ ni memang pi. asalnya saja nak pi ziarah. jadi mungkin ia menjadi gathering atau sekadar ziarah biasa. tapi ana tetap pi insya Allah.

ajim said...

ustaz ali, SS Mufti Perlis dah start nulis lirik.. ustaz ali bila ag? hehe..

alitantawi said...

wa...lirik ya? lirik ni mcm payah sikit. walaupun pernah buat dulu kat universiti (unreleased tracks, hehe)...tapi takut kita tak menepati standard je.

alFaisal said...

Buat yang selalu nampak salah orang saja dan mentertawakan kesalahan orang. Filem P.Ramlee nasihatkan,

"Tula jangan selalu suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf 'M', yang ini huruf 'kha'" - Cikgu Rose

Saya sudah menonton pelbagai filem sepanjang proses pembelajaran sebagai pelajar filem. Namun filem P.Ramlee masih antara yang terbaik di hati :D

NoRuLe said...

betul...betul...saya sokong...filem2 dulu lebih bagus dari filem sekarang kerna pelbagai nasihat dan tauladan yang dapat kiter perolehi...bukan sekarang menonton dan berhibur.