Tuesday, May 13, 2008

HARI IBU - HARI MENGENANG KESILAPAN

Bagi saya...

Hari Ibu bukan untuk memberikan kata-kata manis, hadiah, 'surprise', kad-kad wangi atau sms yang anda hanya 'forward' dari sms kawan-kawan...dan lain-lain...

Bagi saya...

Hari Ibu adalah hari untuk meningkatkan kemesraan dan komitmen terhadap ibu...

Hari untuk menginsafi jasa mereka....tanpa perlu memberitahu mereka pun...

Tapi yang lebih penting bagi saya...

Hari Ibu adalah hari untuk mengenang kembali segala kesilapan kita yang membuatkan ibu kita sedih, tertekan, marah, kecil hati, rasa sunyi, rasa terasing, rasa dipinggirkan dan pelbagai lagi rasa negatif...hasil daripada kesalahan kita...kita anak-anaknya..

Itu adalah makna Hari Ibu kepada saya...

anda bagaimana?

2 comments:

shiha said...

Salam pengenalan :)

Bila dah menjadi ibu, baru benar - benar memahami perasaan seorang ibu. Biarlah anak buat apa saja, tidak lama berbekasnya di hati seorang ibu. Anak tak mintak maafpun, ibu dah maafkan dulu. Cuma satu harapan saya sebagai seorang ibu, semoga anak - anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan terlindung dari api neraka. Cinta tanpa syarat!

Wasalam

alitantawi said...

ya..setuju dengan istilah 'cinta tanpa syarat'...