Sunday, May 04, 2008

'Kebiasaan' Menghalang Perubahan


Kita amat mengenali diri kita...

Kita tahu bahawa dalam diri kita ada macam-macam perkara yang perlukan perubahan. Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tahu perkara ini. Mereka nak sangat berubah daripada yang buruk kepada yang baik, daripada yang baik kepada yang lebih baik.

Setiap tahun, setiap kali sambutan ulang tahun, setiap kali ada sesuatu tarikh penting atau setiap kali beli diari baru...ramai berazam untuk membuat perubahan...

Tapi masih tak jadi..atau ada yang jadi tetapi banyak yang tak jadi..hangat-hangat tahi ayam menurut pepatah lama..

Antara sebabnya (pada hemat saya) adalah kebiasaan...rutin harian...kelaziman kita menjalani jadual hidup seharian menyebabkan kita sukar untuk mengubahnya dan mengubah yang lain.

Memecahkan kebiasaan dan kelaziman itulah perkara pertama dalam melakukan perubahan.

Berdoalah..dan berusahalah...bertanyalah kepada yang telah berjaya...

insya Allah, saya dan anda pasti dapat mengubah sesuatu...

tapi jangan gopoh..kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.

jangan pula putus asa...setiap perkara bermula dengan langkah pertama...

2 comments:

Abu _Ishak said...

"Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis dan penerbit."

sy minta izin ustaz bleh sy paste kat blog sy..??? sy amik dr

http://hafizfirdaus.com/ebook/20asashadis/isu4.htm

harap sgt dpt izin dr tuan punya buku...

alitantawi said...

Abu Ishaq - dipersilakan. buku tu sekadar yang ana mampu lakukan. kalau ada yang sebarkan..memang amat dialu2kan.