Wednesday, April 09, 2008

KITA PERLUKAN RAMAI PEMUZIK YANG BERDAKWAH



Jangan salah faham...bukan maksudnya seorang pemuzik atau artis itu perlu mengubah bentuk pakaiannya kepada memakai jubah atau songkok, menyanyikan lagu-lagu nasyid....bukan itu maksudnya. Bukan sesempit itu.

Maksud saya ialah golongan artis yang
-kemas,
-berkemahiran dalam muzik,
-lengkap asas agamanya (menutup aurat, solat dll),
-menyanyikan lagu-lagu bermesej baik (tanpa mengira irama rock, r&b, rap dll),
-lagu-lagu yang berkualiti,
-rakaman yang mempunyai standard antarabangsa,
-menyanyi dalam keadaan sopan,
-menjadi contoh ikutan kepada masyarakat dalam segenap segi.

Jangan kita sempitkan dakwah hanya kepada artis-artis nasyid. Kadangkala lagu-lagu nasyid sendiri tidak membawa satu maklumat yang benar-benar bermanfaat. kadangkala penasyid atau bekas penasyid sendiri tidak boleh dijadikan contoh ikutan pada akhlaknya.

Artis yang bukan penasyid juga mesti berfikir....
adakah dengan kemahiran yang aku miliki, aku tidak boleh berdakwah?

Sampai bila aku ingin melagukan lagu tanpa tujuan dan tanpa mesej?

Adakah aku akan menyesal menjadi artis di akhirat nanti?

Atau adakah bidang nyanyian ini mampu aku jadikan bekalan di akhirat?

7 comments:

nizanbohro said...

slm
bagus

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSLI said...

salam ustaz!..saya izzuddin abd.salam..haha..ingat lagi.hehe..apa kbr ustaz disana.. kalo rajin, singah2lah ke blog saya.

www.izzuddinrosli.blogspot.com

ma'a salamah!!

Ummu Mujahid said...

Assalamualaikum ustaz, maaf. saya ingin bertanya.. apakah alat2 muzik yang dibolehkan ... ?

ajim said...

salam ustaz.. ustaz ali rase mawi 2 ok ke?

alitantawi said...

nizanbohro - tq

izzuddin - salah seorang muridku yang hebat! OK. saya akan masuk your blog. saya sihat alhamdulillah.

syuhada' - secara umumnya,semua alat muzik tidak haram kecuali ia digunakan utk tujuan yang tidak betul seperti menyanyikan lagu2 yang tidak bermoral dan sebagainya.

ajim - masuk jg anta kat sini aa? :) . saya rasa mawi perlu buktikan bahawa dia boleh membawa nilai2 positif ke dalam remaja. saya secara peribadi menunggu-nunggu perkara itu.

Ummu Mujahid said...

syukran Ustaz..

ajim said...

saya selalu juga la lawat blog ustaz.. cume dulu kan ustaz x open utk ruang komen.. ag pun skng bz sket, nak final exam.. hehe..

erm, saya pun rase cam2.. mula2 dulu saya tgk die agak bagus.. teringat kata2 azimat die.. "dunia2 jugak.. akhirat jgn lupe..".. harap die konsisten..