Friday, April 25, 2008

SAYANG AL-QURAN BUKAN SEKADAR CIUM


Kita diajar sejak kecil lagi agar mencium dan menjunjung Al-Quran setiap kali selesai membacanya. Ada yang junjung tiga kali dan ada yang sekali. Saya pun tak ingat semasa membacanya dengan arwah nenek (semoga Allah SWT merahmatinya) semasa kecil, berapa kali agaknya saya junjung dan cium Al-Quran. (nak kena sms 'my brother' dulu).

Boleh ke junjung dan cium ni? Mungkin ada sesetengah ustaz yang keras, mengatakan tak boleh. Mungkin juga ada yang kata 'mesti cium dan mesti junjung'.

Saya tak kisah sangat. Dari segi fakta, memang tak ada ayat Al-Quran atau hadith sahih yang menyuruh agar kita buat macam tu lepas baca Al-Quran. Itu sekadar pencarian saya. Wallahu a'lam.

Tapi tak apalah kalau nak cium dan junjung sekadar nak merasai 'sayang' terhadap Al-Quran. Tapi...

Janganlah sekadar cium..tapi tak berusaha untuk faham maksud ayat-ayatnya..

Janganlah sekadar cium..tapi tak berusaha untuk mempelajari tafsirannya...

Janganlah sekadar cium..tapi jarang sangat membuka helaian tafsir atau helaian Al-Quran...

Janganlah sekadar cium..tapi sikap dan tingkah laku kita tidak selaras pula dengan ajaran Al-Quran..

Saya menasihati diri saya dan anda yang membaca...

Sayangilah Al-Quran sepenuhnya dari segenap sudut...bukan sekadar mencium atau menjunjungnya semata.

2 comments:

mat arau said...

Untuk mempraktikkan apa yang ustaz kata adalah sesuatu yang paling sukar. Mudah dibaca dan difahami tapi sukar untuk dilaksanakan.

Moga Allah memberi kita kekuatan.

alitantawi said...

memang sukar. buat yang mana boleh, slow2..sampai jua ke tujuan.