Saturday, April 19, 2008

'Geng Sunnah' Yang Asyik Melabel Orang Lain..?


Apa yang nak diulas mungkin kurang difahami oleh sebahagian pembaca. Namun sebahagian lain memang amat faham situasi ini.

Terdapat segolongan masyarakat (ada yang ustaz,ada yang bukan ustaz, ada juga masih bergelar penuntut) yang mendakwa diri mereka 'geng Sunnah' dengan maksud mereka adalah orang yang mengikut Sunnah Rasulullah SAW 'melebihi' daripada orang lain. Juga mereka menyangka mereka lebih dekat dengan sunnah daripada orang lain. Bahkan mereka juga ada yang merasakan bahawa mereka lebih faham sunnah daripada orang lain.

Itu mungkin tidak mengapa. Maksud saya, kalau setakat menyangka diri mereka 'geng Sunnah' dengan maksud yang sebegitu...mungkin tidak mengapa. Itu pandangan dan keyakinan masing-masing dan mereka berhak untuk beranggapan sedemikian.

Namun apa yang tidak boleh diterima (saya tak boleh terima) ialah 'sebahagian' daripada 'geng Sunnah' ini suka sangat melabel orang lain dengan pelbagai gelaran yang menjurus kepada satu perkara iaitu : 'mereka bukan geng Sunnah' atau 'mereka bukan orang Sunnah' atau 'mereka bukan orang kita'.

Hasilnya, mereka memandang rendah, memperlekehkan, mengabaikan atau menentang orang-orang yang bukan 'geng Sunnah'. Macamlah diri itu hebat sangat?

Saya sendiri, pernah digelar sebahagian orang sebagai salah seorang 'ustaz Sunnah' dan pernah digelar pula oleh sebahagian yang lain sebagai 'bukan ustaz Sunnah'...

Saya tak kisah. Apa yang penting, saya menasihatkan mereka ini agar belajar menghargai jasa orang lain, belajar untuk merendah diri, dan belajar untuk menghormati orang lain. APa yang lebih penting, kalau anda merasakan anda adalah sebahagian daripada 'geng Sunnah', pelajarilah sunnah itu dengan konsisten...

Bukan semangat je lebih!

atau 'geng sunnah' hanyalah kelab khas untuk orang-orang elit?

5 comments:

ajim said...

saya rase, saya faham pe maksud ustaz.. :)

Ummu Mujahid said...

Saya sokong ustaz. Semoga niat dan tujuan kita bersih daripada sebarang perkara yang dapat mengotorkan sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Wallahua'lam.

alitantawi said...

tak semuanya begitu. Sebab tu saya katakan 'sebahagian'. teruskan mempelajari sunnah!

Anonymous said...

Posting yang bagus. Saya lihat ada gejala tak sihat pihak A labelkan B yang B pun labelkan A. Plaing teruk sekali ada sesetengah yang sanggup anggap orang Islam lain sebagai kafir. Saya tak nafikan ada sesetengah orang islam memang la perbuatan dia kepercayaan dia teruk. tapi selagi dia mengaku Allah itu Tuhan yang Maha Esa dan Muhammad SAW pesuruh Allah saya rasa tak eloklah nak mengkafirkan orang. Serahkan pada Allah untuk menghakimi. Kita bukannya dijadikan untuk hukum orang situ sana sini.

Zul: Suka melihat manusia hidup aman dan damai

Anonymous said...

Sokong ustaz, betul tu…
Ustaz yang ngajar saya kat kelas kate, kebanyakan mereka semasa belajar nilah mereke rasa ilmu mereka yang PALING tinggi sampai tahap SERBA TAHU…
Sampai menganggap semua maklumat yang diberi guru mereka itu betul & guru yang lain tu salah… ish ish ish, kesian…
Sepupu saya pun ada kate yang isu takfir sudah kembali berlaku… adakah mereka ini ingin mengulangi apa yang puak khawarij pernah lakukan dulu?

~SA batch 2004~