Tuesday, April 29, 2008
Dakwah Bukan Paksaan, Bukan Juga Hukuman
#Kita akui bahawa dalam masyarakat kita adanya sebahagian yang memahami Islam, mengamalkannya sedaya mampu dan kita bersyukur bahawa kita melihat semakin ramai golongan sebegini.
#Namun hati kecil kita juga akan mengakui bahawa ada sebahagian lain yang masih belum memahami Islam (100%) dan masih lagi bertangguh dalam mengamalkan perintah agama. Kepada mereka kita tujukan dakwah ...dakwah yang penuh dengan ilmu dan perasaan.
#Ilmu yang jelas..yang memungkin mereka untuk mendapat fakta sebenar. Agar satu masa nanti mereka akan tahu untuk beramal.
#Perasaan...maksudnya dengan penuh harapan, kewarasan, kesederhanaan..dan kesabaran.
Dakwah bukan paksaan...
Hari ini aku dakwah, hari ni juga orang mesti ikut. Hari ini engkau faham, hari ni juga engkau kena ubah hidup engkau 360 darjah. Aku nak sekarang juga engkau pergi beli buku itu dan buku ini...aku nak 'sebelum subuh' engkau ubah manhaj engkau kepad manhaj aku.
Dakwah bukan juga hukuman...
Kalau engkau tak ikut dakwah ni, habih la. Engkau dah menyalahi sunnah. Engkau dah menyalahi perintah Islam. Engkau sesat. Bla..bla...
Berilah peluang untuk dakwah itu membuat 'kerjanya'...ibarat ubat yang ditelan pesakit, mungkin mengambil masa untuk memberi kesan.
*dan....untuk orang yang sampai padanya dakwah...berilah peluang untuk minda anda menerima ilmu dalam dakwah, dan berilah peluang kepada hati anda untuk berinteraksi dengan perasaan pendakwah...
Insya Allah...mengubah sedikit demi sedikit adalah lebih baik daripada tiada....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Apa lagi nak kata.. memang btol pun..
Sokong 100%
salam ustaz..
saya agak kesal dgn segelintir pendakwah (bkn semua).. yg mengharapkan kesempuranaan dalam setiap perkara yg orang lain lakukan.. bagi saya.. biarlah kita berjalan dlm dakwah nie, jgn berlari.. kerana takut bila terlampau kuat berlari kita akan jatuh.. lalu parah luka kita.. kemudian tidak mampu utk bangun kembali..
wa..
Marilah kita semak kembali diri kita semua. Kita perlu belajar dari pengalaman...betul-betul belajar. Ubah apa yang perlu diubah. Dakwah mesti praktikal..dan paling penting..dakwah hari ini tidak semestinya berjaya pada esok hari.
Assalamualaikum. Pengisiaan blog ini menarik perhatian pembaca.
Abu rushd
http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/
Post a Comment