Kepada mereka yang gemar membeli dan membaca buku-buku agama, ia merupakan satu sikap yang amat baik dan patut diteruskan. Namun untuk memantapkan lagi pembacaan, pembaca perlu berhati-hati dalam memilih bahan bacaan yang ingin dimiliki. Di antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah - mengenali penulisnya terlebih dahulu.
Ini kerana terdapat sebahagian buku bacaan dalam bidang yang berkaitan ilmu-ilmu Islam ditulis oleh penulis yang tidak diketahui latar belakangnya malah sejauh mana penguasaannya dalam aspek yang ditulisnya itu.
Terdapat sebahagian buku yang langsung tidak diketahui identiti sebenar penulisnya. Ini amat menyedihkan kerana pembaca bukan sekadar tidak tahu latar belakangnya malah nama penuhnya juga tidak dinyatakan.
Sebahagian buku pula menyatakan penulisnya dengan nama penuh tetapi tidak dapat dikenal pasti pula apakah latar belakang pengajian penulis dengan lebih lanjut. Ini juga sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan apakah penulisan itu penulisan yang diyakini datang dari penulis yang mengetahui atau tidak.
Manakala buku-buku agama yang lain pula kita dapati ditulis oleh mereka yang diketahui latar belakangnya. Buku-buku sebegini pula boleh kita bahagikan kepada 2 bahagian:
1-Penulis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang melayakkan dirinya menulis tentang agama.
2- Penulis yang mempunyai latar belakang yang tidak berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam.
Saya tidaklah ingin menasihatkan pembaca supaya 'jangan membaca' buku daripada penulis bahagian kedua iaitu yang tidak ada latar belakang ilmu Islam, tetapi nasihat saya ialah - berhati-hati dan buatlah perbandingan dengan buku lain. Mengapa saya nasihatkan demikian? Kerana beberapa sebab:
Pertama, penulis yang tidak ada latar belakang khusus berkaitan agama sebenarnya terdedah kepada pelbagai kesilapan kerana tidak ada gambaran umum tentang apa yang ditulisnya. Malah terkadang kita dapati penulis sebegini akan banyak membuat salinan dan memindahkan maklumat daripada buku-buku lain. Maka dalam hal ini, penulis ibarat penyusun semata-mata.
Kedua, terbukti dalam sebahagian daripada buku yang saya temui ditulis oleh mereka yang tidak ada latar belakang pengajian agama secara khusus - mereka melakukan kesilapan dalam mengetengahkan fakta. Kesilapan yang dilakukan berpunca - antaranya ialah - kerana menggunakan buku terjemahan disebabkan mereka tidak mampu merujuk buku rujukan asal yang dicetak dalam Bahasa Arab, membuat rujukan yang terhad kepada satu atau dua buku semata-mata dan lain-lain sebab.
Saya akhiri dengan satu pernyataan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja -
"kalaulah seorang yang mempunyai pengkhususan dalam bidang agama pun BERKEMUNGKINAN melakukan kesilapan dalam penulisan, apatah lagi mereka yang TIDAK ada kelulusan khusus....bayangkan pula mereka yang langsung TIDAK DIKENALI".
Maka berhati-hatilah dalam memilih bahan bacaan berkaitan ilmu-ilmu Islam.
Selamat membaca.
16 comments:
Ustaz, Kalau baca buku Kapten Hafiz Firdaus macam mana? Walaupun terkenal menulis buku-buku aliran salafiyyah tapi dia tiada kelulusan takhassus agama.
Kapten Hafiz kenal saya, saya pun kenal dia. Buku2 yang dihasilkan perlu dibaca dengan syarat yang saya letakkan tadi - diteliti dan dibuat perbandingan..berhati-hati. Itu yg terbaik utk kita semua.
ustaz pun ada menulis buku, tapi ada org kata ustaz dalam bidang bahasa Arab bukan shariah atau usuluddin. betul ke?
Pertama, janganlah anonymous,perkenalkanlah diri.
Kedua, memang nama ijazah saya ialah sarjana muda Bahasa Arab. Tapi orang yang beri ulasan tu mungkin kena jumpa saya utk kita bincang bersama tentang subjek2 yang saya pelajari di Jordan dulu.
Ketiga, pengkhususan dalam Bahasa Arab juga dianggap pengkhususan dalam agama walaupun ada yang kurang bersetuju.
Keempat, saya ingin bertanya, bukankah rujukan utama dalam Syariah dan Usuluddin adalah dalam Bahasa Arab?
Kelima, sahabat2 yang belajar di Jordan, Mesir,Madinah, Arab Saudi, Yaman, Maghribi dll belajar 2 cara:
1-Belajar formal di universiti
2-Belajar secara talaqqi di masjid dan rumah guru.
wallahu a'lam
- sebab itu saya katakan kita kena selidik dan kenali penulis. nak kenal Adlan Abd Aziz, kena la jumpa dulu, bincang, minum air dll.
Jazakumullah ya akhi.
syeikh adlan macam mana pula?
berapa banyak dah khazanah ilmu ditulis? atau sekadar suruh orang teliti bila baca buku itu dan ini.
dulu suruh teliti hadis albani, sekarang orang lain pula.
seingat saya, baru dua buku yang ada nama adlan abd aziz di muka. 20 hadis, dan zikir lepas solat.
Abu Abdillah, enta ni siapa ya? boleh perkenalkan diri?
Kedua, seruan saya suruh teliti buku ni salah ke? saya seorang je ke suruh buat benda ni?
Ketiga, seruan saya suruh teliti kajian hadith Albani salah ke? Saya seorang sahaja ke yang suruh teliti?
Keempat, buku saya memang tak banyak pun. Bila masa pula saya kaitkan dengan khazanah ilmu saya tulis?
utk makluman...dua buku tu Abu Abdillah yang jumpa. ada lagi la satu dua buku lain yang ada nama Adlan Abd Aziz. tapi sikit la, tak sebanyak Abu Abdillah mungkin?
seperkara lagi...seruan saya untuk teliti penulis dan buku yang ditulis TERMASUKLAH buku saya sendiri. itu jelas.
As-Salaamu Alaikum
Maaf ustadz Adlan, tak dapat perkenalkan diri. Ana bukan siapa-siapa. Cuma sekadar berpesan, abaikan je mesej-mesej provokasi macam tu. Bila ustadz melenting, ia hanya menjejaskan kredibiliti ustadz.
Salam....kenyataan saudara abu abdillah mmg psycho tinggi....sudah terang lagi bersuluh ustaz mengajak ke arah kebaikan....kalo dia x kaji banyak buku..dia xkan ajak kita semua kaji buku2 yg dah dia kaji...sebab dia tahu ape isi kandungan buku la, dia ajak kita mendalaminya sekali...just think positive niat baik ustaz ni...ianya juga salah satu cara untuk bpesan2 pada kebenaran dan kesabaran...ada kesinambungannya...firman Allah SWT..."Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang2 yg beramal soleh serta bpesan-pesan kpd kebenaran dan kesabaran"...maaf kalo ada kesilapan...hanya ingin mberi ulasan...tak layak untuk mengkritik sbnrnye..byk lagi yg ana perlu pelajari...
ustaz adlan : teruskan pjuangan ustaz dlm bidang penulisan...mmg byk dugaan kalo nk b'mujahadah di jalan Allah...
hai. kenapa melompat sangat? lupakah tulisan anda dulu?
http://alitantawi.blogspot.com/2010/04/jangan-ingat-menulis-itu-mudah.html
jadi kalau syeikh adlan kita tahu yang menulis itu tak mudah, sepatutnya faham dan mengerti sengsara penulis.
bila orang yang bukan mutakhassis menulis, syeikh adlan memberi nasihat; periksa dulu siapa dia dan itu dan ini.
tapi bila orang yang mutakhassis macam anta 'malu' untuk menulis macam mana pula?
Abu Abdillah...semoga Allah memberikan hidayah kepada saya dan kepada anda.
terima kasih di atas nasihat. Alhamdulillah, ana cuba menulis sedikit sebanyak dan buku ana mungkin tidak anda temui.
baru2 ni saya dan seorang sahabat lulusan al-azhar telah menghasilkan Kamus Bahasa Arab utk pelajar2 PMR.
begitu juga dalam bulan Ramadhan, saya ulang cetak buku Ramadhan & Rasulullah s.a.w. nipis saja.
baru minggu lepas alhamdulillah siap satu buku kecil bertajuk 1o TOnggak Remaja Hebat bersama dengan sahabat saya Kaunselor SUlaiman Hassim.
apa maksud anta ana 'malu' menulis?
alhamdulillah ana tulis sikit2 dalam blog ini, blog pemudaiman.blogspot.com dan juga al-ahkam.net.
baru2 ni juga mungkin anda x perasan ada artikel ana dalam majalah I karangkraf di bawah tajuk Ilmuan hadith, Abd. Fattah Abu Ghuddah.
ana tak faham kenapa anta tak puas hati dengan nasihat ana dalam artikel ni?
cuba baca artikel terbaru ana tentang kesilapan dalam penulisan sebuah buku oleh seorang ustaz. ada artikel terbaru dalam blog ini.
tulisan ana juga pernah dikritik dan alhamdulillah ana terima. kritikan tu ialah tentang perkataan 'alamiah' sedangkan sebenarnya ialah 'alimiah' iaitu nama ijazah yg setaraf dgn phd yg diperolehi oleh syeikh Ahmad Syakir kalau tak salah ana.
ana heran, dengan kapten sendiri ana boleh private message dalam fb dan jelas serta telus...
tapi anta ni guna nickname dan nampak marah...elok anta marah kat tempat lain la. atau hubungi ana
0197105167, kita boleh bincang. syukran...jazakumullah.
- Ust Adlan dengan kemampuan ilmunya telah menyumbangkan sesuatu untuk Islam.
- Dia pula terbuka untuk menerima pendapat dan kritikan.
Inilah budaya ilmu yang kita perlu ada. Bukan terus melenting bila dikritik.
-kalau doktor ada pakar jantung, tulang dan sebagainya. Kalau jurutera ada elektroniknya, awamnya dsb.
Inikan pula bidang agama, mesti ada pakarnya dalam bidang masing-masing.
Khairul: Salaam Ustaz.. apakah yang dimaksudkan hadis di bawah berarti bahawasanya,kita sedang melalui zaman itu? mengapa orang ramai lebih percaya Doktor dan kedoktoran dibanding yang tidak belajar ilmu kedoktoran dibanding dgn orang yang pakar@mengaji bab agama spt Doktor tetapi tidak dihormati pendapatnya,dan ilmu Islam itu sendiri boleh dibicarakan dgn sewenang-wenangnya tanpa ada rasa takut dlm memberi fatwa juga hukum dsbnya.
copy paste dari laman 40 hadith akhir zaman...
"Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." H.R. Muslim
Assalaamu'alaikum
Saranan yang baik untuk kita semua saling meneliti hasil kerja masing-masing.
Cuma jangan ada double standarad.
Bila tiada latar belakang agama (lebih mudah jika kita panggil Protaz) ambil quotation dari sesetengah buku dikatakan cut & paste. Tapi bila Ustaz ambil dari quotation dari kitab Arab dikatakan Ilmiah. Bukan kah sama sahaja kedua-duanya cut & paste. Bahkan ada tulisan sesetengah Ustaz atau Tokoh 2 hingga 3 mukasurat dia hanya cut & paste dari kitab lain, tapi sebab dia ustaz atau tokoh, tetap nampak ilmiah. Jika kita baca Majalah Solusi ada seorang Ustaz yang 80% artikelnya adalah hanya cut & paste dari sebuah kitab hadis dan hanya 20% (adakalanya kurang)guna bahasa sendiri, tapi tetap dianggap ilmiah.
Bila Protaz buat salah, cepat sangat golongan Ustaz melenting, "Haa ni ler Protaz, tiada latar belakang agama". tapi bila Ustaz buat silap, intonasi dia jadi lain: "Dia terkhilaf, dia tersalaf faham, tersalah tafsir" dan banyak lagi "ter"
Kesalahan Protaz yang kecil diperbesarkan macam dunia nak kiamat. Tapi kesalahan Ustaz boleh jadi kecil sebesar kuman. Begitulah Abu Syafiq, Zamihan, Mahfuz, Fuad Rembawi, Faizal Tehrani dan ramai lagi, semua ni Ustaz-ustaz belaka, kelulusan takhassus agama, ada banyak sanad, jika kita tanya di antara mereka yang disebut di atas ini dan Protaz mana bahaya? Tetapi Protaz juga yang jadi mangsa.
Ustaz atau Protaz tidak maksum. Apa yang mereka tulis kita timbang dengan neraca al-Qur'an dan al-sunnah. Jangan double standard. Sepatutnya Ustaz dan Protaz perlu saling bekerjasama demi untuk menyapaikan Dakwah.Masing-masing ada kelebihan.
Tulisan Protaz seperti Saudara Hafiz Firdaus adakalanya jauh lebih berkualiti dan menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami berbanding sesetengah ustaz yang masih menggunakan struktur bahasa zaman sebelum merdeka dan menulis topik-topik yang agak kecil jika nak dibandiingkan dengan ilmu yang begitu tinggi.
Kesalahan, penyelewengan serta jenayah ilmiah oleh golongan Ustaz adakalanya jauh lebih merbahaya dari golongan Protaz.
Maaf jika ada terkasar bahasa. Kita sama-sama saling tegur-menegur. Apa pun saya suka dengan tulisan Ustaz Adlan.
Assalamu'alaikum,
terima kasih atas tulisan ustaz. Kami mendapat manfaatnya. Memang benar di zaman ini ada penulis yang berani menulis mengenai hukum hakam agama namun beliau bukanlah ada pengkhususan dalam bidang itu.
Ana memikirkan bagaimana salafussoleh dahulu mengarang kitab. Adakah mereka ini menulis tanpa ada ilmu mengenainya ? Dan kemudian berani menyebarkannya merata-rata ?
Ya, kita ingin kembali mengikuti manhaj salafussoleh yang tinggi taqwanya kepada Allah, yang tidak segan dan malu untuk berkata AKU TIDAK TAHU. Bukan sudah jahil namun tetap juga berani atau kerana tidak mahu dianggap jahil oleh orang lain lalu tetap menjawab persoalan agama dengan kejahilan.
Benarlah hadith Rasulullah : Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rujuk : Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan
Ustaz, nampak gaya tulisan2 ustaz banyak digunakan oleh golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia" di facebook untuk menghentam mana2 org yg mahu mengikut sunnah. Gunakan lah peluang ini untuk mendekati mereka & memurnikan tohmahan2 terhadap pendakwah2 sunnah di Malaysia. Mereka mahu mempertahankan bidaah, tapi isu2 khilaf digunakan sebagai perisai Juga teruskan penulisan yang dapat menyedarkan golongan2 taksub tokoh yang suka menggelarkan diri mereka salafi.
Post a Comment