Al kisahnya terdapat sekumpulan yang sentiasa mewar-warkan mereka ialah 'geng sunnah, salafi, pro sunnah, geng hadith, tajdid dll'. Jumlahnya tidak ramai pun. Saya sebagai seorang kenalan ingin menasihati dan memberi saranan kepada mereka - disebabkan mereka tidak habis-habis menggelarkan diri sebagai pendokong sunnah atau hadith - semoga mereka mendengar.
Saranan saya ialah -
KALAU BETUL-BETUL MENGAKU MEMBELA SUNNAH DAN HADITH....
1-tumpukan kepada mempelajari ilmu asas hadith terlebih dahulu - sama ada dinamakan Mustolah Hadith, Usul Hadith dan sebagainya - agar dapat memahami dengan lebih jelas. Jangan terus melompat tetapi gunakan tangga-tangga ilmu dalam bidang ini.
2-pelajari Bahasa Arab sedikit demi sedikit kerana kelemahan penguasaan Bahasa Arab akan menjejaskan penguasaan ilmu hadith. Pedulikan saranan mereka yang berkata 'tak perlu belajar arab pun tak apa sebab buku hadith dah banyak diterjemah' dan saranan ini berlegar dalam sebahagian bergelar geng sunnah ini. Hakikat pahit yang anda geng sunnah perlu akui ialah Bahasa Arab merupakan asas utama ilmu Islam termasuk ilmu hadith.
3-sertai kuliah pengajian hadith secara berguru semampu mungkin. Tak banyak pun tak apa tapi ada. Jangan hanya asyik di depan pc kemudian sibuk memberi ulasan tentang hadith. Asyik sangat berforum tentang ilmu-ilmu Islam sedangkan ilmu tidak dicari dan dipelajari secara formal. Hadith 40 pun tak pernah habis dibaca..apatahlagi Sahih Bukhari yang mengandungi beribu hadith - tetapi nampaknya begitu berani dan kedepan dalam menjawab persoalan hadith? Usah berbangga dengan kecanggihan software tertentu seperti Maktabah Syamilah dan lain-lain. Pengajian tradisi berguru dalam bidang hadith perlu diteruskan untuk mendapat ilmu dan juga adab.
4-jangan hanya taksub kepada seorang dua ulama, seorang dua ustaz, seorang dua guru. Itulah sebab yang menjadikan pemikiran sebahagian geng sunnah ini begitu tertutup. Akhirnya kebenaran hanyalah mereka...merekalah yang tahu tentang sunnah. Sedangkan ramai lagi orang yang mereka gelarkan 'tidak sunnah' lebih faham tentang hadith, lebih banyak mengaji dan belajar dengan ulama, lebih banyak himpunan sanad perguruan hadith, lebih beradab, lebih tahu dan lebih pandai. Adakah geng sunnah hanya ada dua tiga orang guru? Patutlah ilmunya kurang.
kalau anda siang malam pagi petang menghebohkan anda ialah geng sunnah...tapi tak buat 4 perkara di atas....
Pergi tidur lagi baik...ramai lagi orang yang bersusah payah menuntut ilmu tapi tidak 'sepening' anda.
15 comments:
qulil haq walau ka namurran
Kata yang benar walaupun pahit!
Nasihat yang amat relevan, kebangkitan dan kesedaran di akalngan pemuda Islam yang perlu dipimpin!
cukup berguna!!!
Terima kasih ustaz. Teguran yang amat baik untuk diri saya.
Ustaz Adlan,
Nasihat yg sangat baik. Semoga arti " AHLI SUNNAH ' itu tidak dimonopoli oleh sesiapa dan tidak didakwa menjadi milik tertentu semata-mata.
Dan semoga yg mengaku " AHLI SUNNAH " itu benar-benar ITTIBA' AS-SUNNAH dan bukannya TAQLID Ustaz-Ustaz sunnah semata-mata.
PENDEKAR
(ex-Panelist Al-Ahkam Online)
Assalamualaikum,
Kebetulan saya baru terjumpa blog ustaz. Kenapa ye kebanyakan posting yang saya nampak kat blog ni seakan-akan negatif saja bunyinya? Adakah orang yang tidak mempunyai ilmu setanding ustaz tidak layak cakap mereka sayangkan sunnah?
Adakah ada syarat "tidak kaki bangku" kalau nak join geng Barcelona FC?
Semoga kita semua mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik. Islam is a life-long learning process.
Akhi Kadir Rahman..
of course you can say that you love sunnah. It's so obvious that my advice is not for people like you my friend. So you don't have to be offended in any way. Jazakumullah.
secondly, by saying that most of my posts here are written in a negative way...is it true? I'll let the others be the judges including you my friend.
thank you..
salam.
dahulunya saya membaca komen ust adlan di fikrahgroup. tawadhuk bahasanya sayang semuanya telah berubah. bila ust kaitkan diri dgn polemik yg tak menguntungkan ia telah merugikan ust sendiri. org agama ada kaedah menegur sesamanya bukan.
kawan akan sentiasa memanaskan kita kerana utk menjahanamkan kita.
renungkanlah..
Salam,
Mungkin ada yang terasa dengan artikel yang ustaz tulis ini, akan tetapi cubalah kita ambil istifadah darinya (pedas cili pun, ada sedapnya).
Contoh realiti yg kita lihat sendiri, wujudnya kumpulan yang mengaku "sunnah" akan tetapi menolak pandangan ulama Mazhab, yg sudah tentu ulama' mazhab ini dari kalangan ulama salaf yg pure dan penegak sunnah.
Ada juga dikalangan mereka yg suka melabel2kan orang, ini bukan ahli sunnah, mereka tidak mengikut sunnah, dsb?
Sekurang2nya artikel ustaz Lan ini dapat membuka minda2 mereka, baik yg mengaku pejuang sunnah atau "salafi" dan juga geng2 tradisi yg melampau. Dua2 ghuluw!
Bagus tu ustaz, cuma jangan selalu pedas, nak kena ada macam2 rasa.... baru sedap hidangan...
Man lam yazuq lam Yadri...
(pencinta Sufi Salafi)
terima kasih semua atas komen ikhlas. memang beri kesan pada saya. alhamdulillah. insya Allah akan diperbaiki
salam..
teguran bukan sama dgn kritikkan. kadangkala tukang kipas yg cukup kuat mengipas api kebencian.
kalau tidak masakan cerita kuat waktu ust lan dailog dgn DK ttg isu umur saidatina aisyah ada org yg dah siap gali lubang. bila ust lan buat langkah bijak berhenti dpd dailog kubur itu terkambus sendiri tanpa mayat. aduh..bahaya tu..
Alhamdulillah,
Terima kasih atas segala nasihat dan peringatan dari pihak tuan dalam blog ini. Dewasa ini, nasihat-nasihat seperti ini amat diperlukan oleh pencinta ilmu.
Memang adakalanya perlu digunakan perkataan yang lemah lembut. Dan adakalanya perkataan yang tegas diperlukan untuk mengejutkan akal dan hati yang masih tidur dan tidak mahu merasionalkan fikiran.
Penting sekali hadith itu dipelajari mengikut disiplinnya.
Kerana ia adalah SUMBER PERUNDANGAN - Aqidah, Syariat dan Akhlaq. Alangkah malangnya jika ia jatuh pada mereka yang jahil namun tetap juga ingin berbicara dan mengeluarkan hukum darinya. Yang menjadi mangsa adalah orang awam juga.
Sekali lagi Syabas dan Tahniah !
Salam,
Saya mengenali apa wahabi setelah dia buat markaz kat kg saya. Saya perhatikan pengikutnya ada yang taksub juga, kata imam syafie pun ada silap jugak, ke kadang ustaz dia kata ada rahmat perbezaan pendapat dikalangan mazhab, ustaz besar (Dr) kata tak boleh nambah-nambah dalam hal agama tapi orang panggil ceramah maulid pergi juga, ke kadang ada pengikutnya kata lebih kurang kita tak pakai mazhab sbb. zaman nabi tiada mazhab...pening saya
Salam Ustaz..
Saya sangat bersetuju dengan isi artikel ini..memang itu yang kami sarankan dan perjuangkan.
Cuma saya nak share pada umum agak berat sikit sebab ada nada sindiran di situ.
Boleh tak minta jasa baik ustaz untuk jadikan artikel ini lebih proper dan boleh dijadikan panduan kepada semua orang. Minta edit tajuk dan sedikit isi di bawah. Lepas ada edition baru, saya akan share terus.
mmg betul dah tu ustaz, itulah fenomena sekarnag yang berlaku. Ada pengalaman sendri bila seseorang tu sibuk membicarakn hal2 yg dianggap 'berat', tapi asas bahasa arab dia fail..
abu syifaa'
Nampak sekarang memang begitu..khatam baca satu kitab terjemaah terus bangkang pendapat orang lain..itu salah..ini salah..buku ini kata ya bidaah..ustaz saya kata ya itu bidaah..muktamad..fulstop..kalau buat masuk neraka..kami ikut sunnah..
kata2 ustaz adlan saya skng..kalau terasa pedas, buka minda, ikut guru @ ustaz lain plak..belajar..kita sama2 belajar..jom..
Jauhari juga yang mengenal manikam.
Makin jauh berjalan maka makin luaslah pandangan dan pengalaman,Insyaallah.
Alhamdulillah setiap kita penuntut ilmu dan perjalanan ini akan berterusan sehingga akhir hayat.
Banyak udang banyak garam,lebih ramai makin banyaklah ragamnya.
Manusia ini semuanya ada kelebihan dan kekurangan,ambillah ilmunya jangan disia-siakan peluang yang berharga ini.
Penuntut ilmu ini hanya mohon taufik dan hidayahNya.
Akhir kalam kita semua sangat berhajat rahmat Tuhan yang Maha Luas itu.
Demi kebahagiaan sebenar.
Segala yang baik itu dari Allah semata-mata.
Sekian dan wassalam.
Post a Comment