Monday, January 04, 2010

Kenangan Bersama Dr.Solah...tafsiran 'Alif Laam Miim'

Dr. Solah Abd. Fattah al-Khalidi...itulah salah seorang ulama yang sempat saya ikuti kelas pengajiannya selama berada di Jordan.

Mungkin nama ini sudah biasa didengari oleh sahabat-sahabat yang mengambil pengkhususan agama atau lebih khusus, pengkhususan 'tafsir'.Tapi masih ramai yang tidak mengenali tokoh ini.

Saya agak malu untuk menganggap Dr.Solah al-Khalidi sebagai 'guru' saya walaupun kami di Jordan seringkali menghadiri kuliah beliau. Bagi saya, sahabat-sahabat di Amman atau lebih tepat di Suwaileh (tempat tinggal Dr.Solah) lebih layak untuk digelar 'murid' kepada beliau kerana kerapnya mereka menimba ilmu dari beliau. Lagipun, untuk mengaku seseorang ulama itu sebagai 'guru' kita, ia bukan sekadar menghadiri kuliahnya seminggu sekali...malah ia lebih dari itu (pandangan saya).

Dr.Solah merupakan salah seorang tokoh ulama terkenal di negara Arab khususnya di Jordan dan beliau amat dikenali dalam bidang tafsir. Pengajiannya di peringkat sarjana dan kedoktoran berfokus kepada buku tafsir terkenal iaitu Fi Zhilal al-Quran karya al-Imam al-Syahid (sebagaimana sering disebut oleh Dr.Solah sendiri) Sayyid Qutb, rahimahullah. Banyak buku beliau yang terdapat di pasaran dan ada di antaranya telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagaima saya diberitahu.

Di antara pengalaman menarik yang tak akan saya lupakan ialah kenangan di Masjid Abd. Rahman (kalau tak salah), Suwaileh, Amman. Waktu itu ialah kelas tafsir dan kami dari Mafraq sampai dengan bas seperti biasa setiap minggu. Pelajar mengeluarkan catatan dan pen.

Dr.Solah pun masuk ke dalam bilik kuliah di belakang...muka yang tersenyum manis..rambut, misai dan janggut tebal, panjang dan putih menyerlahkan lagi ketampanan beliau. 'Assalaamualaikum...hayyakumullah..akramakumullah' itu antara ayat wajib bagi beliau bersama para pelajar..itu semua doa!Beliau duduk di hadapan, atas sebuah kerusi biasa, tanpa meja. Petang itu kami bersedia menulis tafsiran Surah al-Baqarah.

Saya tak mampu untuk menulis panjang. Cukup saya akhiri dengan suasana kagum yang kami rasai ketika selesai 1 jam beliau menghidangkan tafsiran. Kami dihidangkan dengan tafsiran ayat pertama...'Alif Laam Miim' selama 1 jam! ya, 1 jam....saya melihat catatan dan kami merenung muka Dr.Solah al-Khalidi....kami hanya mampu berkata...'subhanallah'...dasyat...!

1 comment:

SyawaL said...

salam, nnt ust sambung lagi kisah ni...