Wednesday, June 24, 2009

Kejutan Yang Menghampakan

Beberapa hari yang lalu...dibantu oleh Ammar (8 tahun)...kami melakukan bersama semakan terhadap sebuah buku yang ditulis oleh pendakwah terkemuka dunia Islam masa kini - Dr. Aidh al-Qarni (pengarang buku 'La Tahzan' @ 'Jangan Bersedih').

Buku yang disemak adalah sebuah buku kecil yang diterjemahkan (bukan buku 'La Tahzan'). Saya memegang buku asal di dalam Bahasa Arab manakala Ammar membacakan untuk saya buku yang telah diterjemahkan.

...Memang terkejut!

- beberapa tajuk kecil di dalam buku itu salah terjemahannya!

- banyak ayat-ayat di dalam buku itu juga salah terjemahannya!

- nampak ketara penterjemah menggunakan ayat-ayatnya sendiri, bukan ayat asal!

- terdapat ayat-ayat dari buku asal yang tidak diterjemahkan dan hilang begitu saja!

- terdapat juga kesalahan pada ayat Al-Quran (satu sekurang-kurangnya).


Menghampakan!

Sudahlah kemanisan bahasa asal penulis sudah berkurangan akibat terjemahan....ditambah pula dengan kesalahan demi kesalahan pada maksudnya!

Apalah nasib pembaca yang membaca terjemahan ini dan menganggapnya 100% apa yang disampaikan oleh Dr. al-Qarni?!

Saya anggap ini 'kejutan' kerana selama ini saya tidak menyangka akan ada terjemahan yang sebegini! Niat asal hanyalah untuk melihat sejauh mana penterjemah berjaya menterjemahkan bahasa asal Dr. al-Qarni yang sememangnya hebat dalam menulis dan berpidato.

Akhirnya saya 'hampa'...dan Ammar pula hairan....'kenapa abi?'

kalaulah Dr. Aidh al-Qarni tahu...pasti dia lebih 'terkejut' dan lebih 'hampa'!


*Sama-samalah kita berhati-hati dalam membaca buku terjemahan. Jangan sampai lain yang ditulis, lain yang diterjemah, lain pula yang kita baca dan faham!


selamat membaca!

9 comments:

SyawaL said...

Salam Ustaz...
Saya juga ada buku terjemahan tulisan Dr Aidh al-Qarni, tapi Indon punya...

Mungkin Ustaz boleh mengkoreksi balik kesilapan ttersebut dlm blog ustaz....

:) said...

akhi karang la balik, edisi baru.. sy takde lg buku tu tapi member ramai dah beli. boleh buat comparison mcm akhi n ammar buat.

alitantawi said...

insya Allah, sekadar yang termampu. Buku tu buku kecik dan bukan buku 'la tahzan'. ana akan cuba hubungi penerbit dulu. cuba nasihat dia dulu.

Anonymous said...

TAHNIAH diucapkan kepada Ustaz Adlan kerana telah menerima ijazah sanad kitab-kitab Hadith dari Dr. Mahir Fahl Syeikh Darul Hadith Iraq.

alitantawi said...

Alhamdulillah. Ijazah untuk keberkatan dan motivasi. Apa yang penting ialah perlu tambahkan ilmu, bukan bergantung kpd ijazah semata. syukran!

Anonymous said...

saya ada beli buku la tahzan terbitan jasmin. adakah ia juga ada membuat tafsiran sendiri?

SimPanG said...

Salam ustaz...
Dah lama tak kntek ustaz, saya harap ustaz dan keluarga dalam keadaan sihat2 sejahtera

Insya-Allah saya akan berhati-hati dengan buku terjemahan lepas ini
-Amirul Asyraf-

ajim said...

trimas ustaz atas kabar ini..

..::بشرى::.. said...

saya ade buku la tahzan terjemahan yg tebal,terbitan al-hidayah publisher...yg tu ke ust?