Saturday, June 06, 2009

Binalah Sifat Rendah Diri Dalam Hatimu!

Dari masa ke semasa kita bertemu dengan orang-orang yang tidak mempunyai sifat rendah diri.Sombong, memandang rendah kepada orang lain, memandang tinggi kemampuan diri, syok sendiri dan pelbagai lagi nama yang sewaktu dengannya.

Bagaimana mengubah diri ke arah sifat 'Rendah diri' atau 'tawadhu'?

Pertama, kenali Allah SWT - Dia mengetahui segalanya tentang dirimu wahai manusia yang sombong. Engkau boleh berlakon dan berselindung dengan manusia, tapi dengan Tuhan Pencipta manusia? Engkau boleh tipu seluruh makhluk, tapi bagaimana dengan Pencipta seluruh alam?
Usah berpenat menghias diri di depan manusia, tapi hiaslah hatimu di hadapan Tuhanmu!

Kedua, kenali dirimu - Senaraikan kelemahanmu...jangan engkau tipu diri sendiri sebagaimana engkau menipu orang lain. Jauh di sudut hatimu - engkau penuh dengan kesilapan, kelemahan dan keaiban.
Bersyukurlah ia tidak diketahui manusia!
Bersyukurlah dan buanglah sifat sombong itu.

Ketiga, kenali orang lain - Begitu ramai orang yang lebih hebat darimu - lebih elok rupa parasnya, lebih tinggi pelajarannya, lebih banyak ilmunya, lebih melimpah hartanya, lebih dikenali, lebih mahir, lebih segalanya dari dirimu.
Engkau langsung tidak setanding dengan mereka!

semoga kita bersama membuang sifat buruk meninggi diri dan memandang rendah kemampuan orang lain.

semoga kita bersama membina dan menyemai sifat rendah diri.

Be yourself!

4 comments:

SyawaL said...

Salam Ustaz...
Lagu seblum ni lagu apa?

Saya suka lagu tu....w/pun tak faham erti

alitantawi said...

lagu tu ana pun tak ada dalam simpanan, sebab adik ipar ana yang masukkan. lagu tu dari album 'ya rajaai'. anta boleh cari dalam youtube, anta taip link bawah ni:

http://www.youtube.com/watch?v=jnfJIcMxaHk

alitantawi said...

atau link bawah ni..
ana confuse sikit lagu tu.

http://www.youtube.com/watch?v=0xG1bOxAvRA&feature=related

SyawaL said...

Terima kasih Ustaz...