Tuesday, September 16, 2008

Puasa Tak Boleh Ketawa Banyak Sangat?


Dalam Ramadhan, masyarakat kita mempunyai banyak sangkaan dan kebanyakannya melibatkan pantang larang atau perkara yang mengurangkan pahala puasa.

Apa yang pasti, kata-kata dosa akan menyebabkan kurangnya pahala puasa. Begitu juga perbuatan dosa sudah pasti menjejaskan kualiti puasa.

Tapi terkadang kedengaran dari mulut orang-orang yang saya temui pelbagai pantang larang yang saya kurang pasti dari mana datangnya. Contohnya:

- Semasa berpuasa, tak boleh berbicara tentang juadah berbuka.

- Semasa berpuasa, tak boleh gelak ketawa berlebihan.

- Semasa berpuasa, tak boleh mandi banyak-banyak.

- Semasa berpuasa, tak boleh kumur banyak-banyak.

dan sebagainya...

Sedangkan ini semua bukanlah 'tidak dibolehkan' dengan maksud 'haram'. Ia mungkin boleh dikategorikan dalam perkara yang 'tidak digalakkan' atau 'tidak elok dilakukan'. Namun tak mungkin perkara ini termasuk dalam kategori dosa yang menghilangkan pahala puasa atau membatalkan puasa. Panjang ceritanya tapi inilah yang perlu diketahui oleh kita semua.

Maka janganlah kita terlalu berkeras dalam perkara-perkara yang sebegini. Nanti salah faham pula kita terhadap 'perkara yang membatalkan puasa/pahala puasa'.

Selamat berpuasa...

1 comment:

Unknown said...

terima kasih atas maklumat.. kadang terkeliru antara perkara yg membatalkan pahala puasa dan perkara yg tidak beradab semasa berpuasa... yelah, ketika puasa adab sebagai muslim perlu dijaga, dok ketawa berdekah2 plak nanti timbul fitnah kata kita xposa plak..

macam2 ada...