Thursday, May 19, 2011
2 Tokoh Dakwah Dunia Islam - Dr.Salman & Dr.Al-Qarni
Dalam artikel yg sebelum ni bertajuk 'Agama Bukan Milik Arab Saudi Semata-mata' saya telah sebutkan dalam perenggan kedua berbunyi:
"Sebenarnya saya sendiri pun mengkagumi sebahagian ulama dari Arab Saudi seperti Dr.Salman al-Oadah (www.islamtoday.net) dan pengarang buku 'La Tahzan' iaitu Dr. Aidh al-Qarni serta lain-lain lagi."
Biarkanlah kontroversi yang sedikit tentang artikel yang itu. Artikel ringkas kali ini ingin memperjelaskan mengapa saya mengkagumi dua orang tokoh ini - Dr.Salman al-Oadah dan Dr.Aidh al-Qarni.
1-Sejak saya mengenali mereka beberapa tahun yang lalu, saya asyik mengumpulkan apa sahaja yang ditulis oleh kedua tokoh ini termasuklah segala rakaman audio video mereka. Inilah cara untuk kita cuba memahami pemikiran tokoh yang kita minati, bukan dengan hanya satu dua tulisan atau satu dua ceramah.
2-Saya dapat mereka amat mendalami ilmu-ilmu Islam dan ia dilakukan dengan penuh disiplin. Belajar segala ilmu-ilmu sokongan, banyak membaca, banyak berguru dengan ramai dan pelbagai guru, berbincang dengan rakan-rakan pendakwah (contohnya Dr.Muhammad al-Arifi, Dr.Nabil al-Awadhi, Dr. Al-Turairi dll). Inilah di antara cara dan teknik mempelajari ilmu agama.
3-Mereka juga amat 'produktif' dengan pelbagai hasil dakwah. Dr.Salman dengan laman webnya (islamtoday.net), majalahnya, bukunya, program tv dan radionya, kuliah masjid dan ceramah umumnya malah melalui twitter dan facebook juga begitu banyak mutiara kata. Samalah juga dengan Dr.Al-Qarni - siapa tidak tahu buku-bukunya seperti La Tahzan (jangan bersedih) yang merupakan 'best-seller' di seluruh dunia. Program tv beliau, program radio, ceramah dan kuliah di masjid serta pusat dakwah seluruh dunia. Seharusnya kita harus mencontohi mereka dengan melakukan dakwah sekadar mampu malah semampu mungkin di mana sahaja bila-bila masa.
4-Keterbukaan mereka menghairankan dan menyejukkan hati dalam masa yang sama. Di kala ada sebahagian tokoh meletakkan dinding antara mereka dan beberapa tokoh yang 'tidak sealiran', kedua tokoh ini mengambil pendekatan bersahabat dan berbaik juga menegur kalau berbeza pandangan. Dr.Salman sebagai contoh begitu rapat dengan Dr.Yusuf al-Qaradawi dan menjadi teman perbincangan malah pembantu yang amat rapat dalam Kesatuan Ulama Sedunia. Sedangkan pandangan Dr.Yusuf banyak ditolak oleh sebahagian tokoh dari negara yang sama dengan Dr.Salman. Itu tidak menghalang beliau untuk memuji dan mengambil ilmu serta pengalaman Dr.Yusuf. Dr.Aidh juga begitu dengan pelbagai tokoh dakwah seluruh dunia Islam menjadi sahabatnya. INilah yang patut ada, bukan label melabel sampai membahagikan pula ulama - ada yang boleh ikut,ada yang kena dijauhi. Begitukah sikap ahli ilmu? Tidak. Malah sikap ahli ilmu adalah seperti yang ditunjukkan oleh Dr.Salman dan Dr.Aidh.
5-Mereka kerap dihentam dan dilabel oleh segolongan penuntut ilmu yang bencikan mereka dalam kalangan orang arab sendiri dan juga bukan arab. Sudah lama kita temui laman-laman web dan blog menghentam kedua tokoh ini. Sudah lama dalam youtube.com ada video-video khas dibuat untuk menghina dua tokoh ini. Sudah ada ceramah dan kuliah menghentam mereka. Saya ingin berkongsi satu cerita yang diceritakan sendiri oleh Dr.Salman dalam satu forum bersama Dr.Aidh dan Dr.Isom al-Basyir (bekas menteri agama Sudan) kerana mereka adalah rakan seperguruan. Kisah itu ialah:
Dr.Salman bercerita bahawa dia pernah dituduh dengan tuduhan negatif iaitu beliau ialah 'ikhwan muslimun' (ia bukanlah negatif tetapi ia dianggap negatif oleh sebahagian penuntut ilmu) lalu diberitahu tuduhan ini kepada Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. Lalu negatiflah pandangan al-Albani kepada beliau. Lalu beliau telah menghantar semua penulisan dan kaset-kaset ceramah beliau kepada Syeikh al-Albani untuk diminta penilaian dengan penuh hormat. Lalu al-Albani setelah mendengar dan membaca apa yang dihantar telah membuat satu kenyataan yang amat baik di hadapan murid-muridnya iaitu 'Kalaulah semua ikhwan muslimun seperti Salman al-Oadah, alangkah baiknya' dan Dr. Salman tersenyum dan seluruh hadirin senyum bersama beliau termasuk Dr.Aidh dan Dr.Isom.
Renungkanlah bersama wahai sahabat.....
p/s: artikel sebelum ni mengkritik penuntut ilmu yg taksub memenangkan pandangan ulama saudi dalam semua hal. Itu maksud artikel tu bagi yang masih lari tajuk dan tak faham tujuan.Tak pernah pun nak kritik peribadi syeikh-syeikh Saudi yang pernah saya berguru dengan mereka seperti syeikh Uthaimin. Artikel kritik pentaksub, bukan yang ditaksub. Jazakumullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
BENARKAH STATUS PUJIAN SYAIKH AL-ALBANI TERHADAP SALMAN 'AUDAH?
Soalan:
Sebahagian orang ada yang mempertahankan Salman `Audah dan Safar Hawali ?
Jawapan Syaikh Yahya-Hafizahullah-
Orang-orang yang mempertahankan mereka sebenarnya mereka mempertahankan Ikhwan Muslimin ,sebahagian mereka ada juga yang mempertahankan Al-Qardhawi dan `Amru Khalid, di sebahagian negeri terdapat orang yang membela iblis,dan mereka dikenali sebagai Iblisiyyah,dan setiap orang yang maftun( terfitnah ) akan ada orang yang akan membelanya, maka bukanlah suatu yang ganjil dalam masalah ini,akan tetapi tidak ada ibrah(ukuran dalam menentukan kebenaran) dalam masalah ini,yang menjadi ukurannya adalah bagi sesiapa yang Allah telah menjadikannya menetapi kebenaran dan ahlinya, mempertahankan kebenaran dan ahlinya,maka hal ini merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah Ta`la,kebanyakan manusia memang akan mempertahankan kebatilan,firman Allah Ta`ala:
{وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ}
Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya.[ Yusuf:103 ]
FirmanNya:
{وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ}
Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Al-`Aaraf:187 ]
Salman dan Safar merupakan pengikut Tahazzub( hizbiyyah )
[Penyoal menyempurnakan soalannya]: Mereka( yang membela Salman dan Safar ) berhujjah dengan kaset rakaman Syaikh Al-Albani -rahimahullah-?
Jawapan Syaikh Yahya-Hafizahullah-:
Kaset ini adalah kaset yang lama,sesungguhnya ketika beliau ditanya tentang mereka pada waktu tersebut beliau memuji mereka, dan hal tersebut pada awal keadaan mereka,pada peringkat awal kadang-kadang seorang insan zahirnya nampak sangat baik dan masih belum jelas( kejahatan dan bid`ahnya ), maka kadang-kadang ditanya seorang alim tentang halnya maka dia memujinya disebabkan apa yang dilihat daripada keadaan zahirnya,maka apabila diketahui hakikat sebenar apa yang dia pegangi maka ditahzir( diperingatkan) daripadanya, dan Syaikh Al-Albani apabila melihat perkataan Syaikh Rabi` terhadap mereka berdua maka beliau mengakui ( kesalahan dan bid`ah ) yang terdapat pada mereka,dan mencela manhaj mereka, maka tidak boleh bagi sesiapa pun mengambil perkataan pertama dan meninggalkan perkataan yang telah diakui sesuatu keputusan tentangnya,maka hal ini( membela kebatilan dan tokoh-tokohnya) adalah pengingkaran(terhadap kebenaran) dan merupakan kesalahan,aku sebutkan tentang Syaikh kami
( Syaikh Muqbil-rahimahullah- ) bahawsanya dia pernah ditanya tentang Hasan Al-Banna lalu beliau menyebut dia (Hassan Al-Banna) ialah seorang pendakwah, akan tetapi setelah jelas baginya bahawasanya dia membawa kebatilan, Syaikh menjarh(mengkritiknya) dengan kritikan yang sangat kuat, dan inilah yang berlaku jika ditanya tentang apa yang dia tidak mengetahui tentang keadaanya dan tidak zahir(jelas) daripadanya sesuatu( yang batil ) maka dia menyebut perihalnya dengan baik, dan inilah kewajipan bahawasanya seorang pendakwah menyebut perihal kaum muslimin dengan kebaikan selagimana tidak zahir daripada mereka perkara yang menyelisihi( kebaikannya ),dan inilah daripada apa yang boleh membantu mereka kembali kepada kebaikan,berapa ramai orang alim dan pendakwah yang gembira bila disebut bahawasanya fulan menyeru kepada kebaikan,dan daripada sinilah dia akan memuji dan menolongnya,maka jika telah jelas baginya kesalahannya, ketergelincirannya dan kesesatannya maka pengikut kebenaran akan bergegas menjelaskan kebatilan,dan sesungguhnya dicela individu terbabit bukanlah disebabkan hawa nafsu bahkan dia melihat hal ini diperlukan manusia,dan bahawasanya ia merupakan daripada(tuntutan)agama,maka wajib ke atas mereka agar tidak berhujjah dengan dengan perkataan seperti ini, sesungguhnya telah diketahui bahawasanya beliau,Syaikh Al-Albani -rahimahullah- telah merujuk(kembali) daripada pujiannya,dan beliau telah menjelaskan keadaan mereka selepas itu.
Sumber: http://www.sh-yahia.net/show_s_fatawa_273.html
Post a Comment