Tuesday, August 11, 2009

BERUSAHA DAN BERDOALAH UNTUK KESELAMATAN SEMUA

Kita berada dalam keadaan bimbang, risau dan ketakutan apabila tersebarnya wabak yang merbahaya. Hari ini wabak, dulu macam-macam juga...akan datang kita tak tahu apa lagi agaknya.

Ramai juga yang bertanya apakah ada sesuatu yang khusus untuk didoakan?

Sekadar yang mampu, kita berikan penyelesaian yang nampaknya sama sahaja tetapi itulah asas yang telah dibuat oleh generasi muslim zaman berzaman. Ia berpandukan ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith sahih serta kehidupan para sahabat dan ulama:

Pertama - berusaha dengan segala cara untuk mengelakkan sebab-sebab yang membawa kepada perkara yang kita takuti. Segala cara, segala usaha....sedaya upaya. Bukan sambil lewa, bukan buat tak tahu...tetapi bersungguh-sungguh.

Kedua - berdoa dengan penuh pengharapan...doa dengan penuh rasa ingin meminta....bukan dengan doa yang tidak difahami atau tidak dihayati.

Ketiga - bersabar dan tabahkan hati untuk mengharungi hari-hari mendatang.


Kalau anda berkata - 'senang cakap???'

saya menjawab - 'memang cakap itu senang. tetapi ingatlah...usaha bermula dengan cakap...cakap membawa kepada keyakinan, ilmu dan amalan serta tindakan'.

lagi pun, salahkah saya memberikan cadangan?

1 comment:

AdiChik said...

Hmm...
teringat pulak 1 post tentang...
belajar utk menambahkan ilmu...
kongsi apa yang kita x tau..

jadi..
mengikut apa yang sy perhatikan..
makin ramai pesakit H1N1..
JADI MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..MAKA..

Cara pencegahan dripada jgkitan virus..
-jaga kebersihan tangan...basuh dahulu dengan sabun sebelum memulakan apa 2 kerja..
-dengan menguatkan keimunan badan..
banyakkan makan epal hijau dan bawang putih...info ni ramai yang x tau..
-x sihat..g hspital utk pemeriksaan...

Jadi...apapun kena usaha mencegah daripada membiarkan diri dalam bahaya...