Sunday, February 15, 2009

Untuk Peminat Isu 'al-Mutaqaddimun' dan 'al-Mutaakhirun'

Kali ini tulisan saya ditujukan khas kepada rakan-rakan dan saudara saudari yang telah tahu/ingin mengambil tahu tentang isu manhaj hadith antara 'al-Mutaqaddimun' dan 'al-Mutaakhirun'....maaf bagi yang tak berminat kepada isu ini.

Saya hanya ingin mengingatkan dan mencadangkan...

- janganlah membuat andaian sendiri tentang isu manhaj ini. buatlah 'kajian' dan lakukanlah 'penyelidikan'.

- janganlah anggap isu ini kecil kerana ia sememangnya isu besar bagi penuntut ilmu hadith dan ia telah dibincangkan meluas bertahun2 lamanya dalam dunia Islam khususnya ulama hadith tanah arab sejak akhir tahun 90an hingga kini.

- kalau anda bersedia untuk memahaminya dengan mendalam, silakan utk menggunakan buku-buku cdangan yang telah saya sediakan dalam 4shared.com dan foldernya juga telah saya letakkan dalam blog ini di sebelah kanan anda. muat turunlah buku2 itu dan bacalah dengan tenang untuk mendapatkan gambaran yang jelas.

insya Allah, lepas buku2 itu diteliti, adillah dan sesuailah anda untuk membuat kesimpulan peribadi terhadap isu ini.

* seperkara lagi - kalaulah ada yang sudi, boleh kita berjumpa dan berbincang atau berhubung untuk bersoal jawab supaya boleh kita berkongsi ilmu. sudah pasti banyak yang boleh kita bicarakan untuk kebaikan bersama. inilah cara saya dan anda menambah ilmu masing2.

sekian, terima kasih

alitantawi

2 comments:

alFaisal said...

Rasanya tak lupa juga datang kuliah Belajar Ilmu Hadis ustaz di Adlan di IIS (Islamic Information Services). Boleh berbincang dan bertukar-tukar pandangan secara live hehe :D

Farhani said...

Assalamu'alaikum ustaz..
Jgn lupa ya pertimbangkan untuk buat ziarah di Jakarta ni..
Kawan2 teringin nak jumpa ustaz secara live..
WS.