Sunday, December 14, 2008

Khutbah Pertama Dalam Hidup

Alhamdulillah, setelah seminggu lebih bercuti barulah dapat menulis semula dalam blog.

Sebabnya ialah susah nak dapat line internet yang bagus di Kedah ni. Streamyx tak ada, yang ada hanya maxis broadband (abang punya) dan celcom broadband (sepupu punya). dan kedua2nya agak perlahan dan tak kuat.

berbalik kepada tajuk...

Akhirnya sejak sekian lama ...dapat juga peluang berkhutbah Jumaat. dan yang lebih manis ialah dapat berkhutbah di negeri sendiri dan berhampiran rumah yang dibeli bersama2 keluarga di Gurun, Kedah. Setelah disuruh oleh bapa saudara, maka saya menerimanya dan ini satu pengalaman baru!

Sejak berada di universiti lagi, saya telah berpeluang untuk memberikan ceramah dan kuliah..di surau, masjid, sekolah, univ, pejabat2 tertentu...tapi tak pernah walau sekali pun berkhutbah! tak sangka pada tahun 2008, pada usia 30 tahun...akhirnya dapat berkhutbah.

Khutbah yang bertajuk 'Pengajaran Dari Nasihat Luqman Kepada Anaknya' merupakan satu sejarah dalam hidup. alhamdulillah, respon positif dan membina diperolehi selepas menyampaikannya. Semoga Allah SWT menjadikan kita orang2 yang bersyukur dan menerima amalan kita semua.

3 comments:

ajim said...

MCM MANA USTAZ..? TERGETAQ2 X? HEHE..

Anonymous said...

alhamdulillah,

akhirnya alitantawi berkhutbah juga.. mungkin boleh share pengalaman semasa berkhutbah. bukan apa, buat nasihat kepada katib-khatib lain.

alitantawi said...

ahzam - alitantawi baru sekali berkhutbah tapi ahzam? dah banyak kali..hehe.

ajim - memang ana setiap kali ceramah atau kuliah..ketaq masa nak mula. lepas tu alhamdulillah ok. sama juga mcm khutbah baru ni.