Wednesday, December 03, 2008

Balik Kampung...



Walaupun sekolah dah bercuti ...tapi kali ni baru boleh balik kampung. Antara sebab lambat balik bercuti ialah Ammar (anak sulung) masih bersekolah dan habis minggu ni. Alhamdulillah, dia tengah melengkapkan juzuk keempat yang dihafaznya iaitu juzuk 27. Ikut jadual, minggu ni dia habis la juzuk tu insya Allah.

Berjumpa keluarga dan sanak saudara satu nikmat. Terutamanya apabila dah lama juga tak jumpa.

Ammar, Amir dan Ahla dah selalu sebut2 nak balik rumah tok chah n tok pah.

Kalau ada rezeki, berhajat nak jumpa kawan-kawan SMKAK dulu. Rasa sekejap sangat jumpa baru ni, hujan pulak tu.

Hajat di hati juga nak jumpa ust zainys dan rakan-rakan di Penang. Berbincang soal dakwah melalui siber.

Mungkin tak kerap sangat boleh masuk internet. Hmm, susah jugak tu.

Kepada yang membaca tulisan ini, doakan kami sekeluarga selamat dalam perjalanan balik kampung...

SELAMAT BERCUTI!

1 comment:

Anonymous said...

Askm ustaz.. semoga sentiasa dlm keadaan sejahtera di samping keluarga

Saya nak tau, samada ustaz dah ade ke perancangan nak tambah "shoutbox" kat blog ustaz ni, supaya interaksi ustaz dan pengunjung blog ni akan lebih meriah..

Moga berjumpa lagi di kuliah2 ilmu ustaz di masa akan datang, insya allah