Ammar...(7 tahun)
Buat Ammar....
Tiada yang abi dan ummi harapkan dari Ammar melainkan yang terbaik...di dunia dan akhirat..
Tidak kami sangka Ammar mempunyai minat ke arah menghafaz kitab Allah,...Semuanya ini adalah nikmat daripada Allah SWT ke atas dirimu dan diri kita sekeluarga...
Tiada yang dapat menggambarkan betapa gembiranya hati kami apabila Ammar berjaya menghafaz keseluruhan juzuk 30 dalam masa 5 bulan - dan sekarang memulakan hafazan juzuk 29...
Teruskan langkahmu wahai anakku..memimpin adik-adikmu (Amir dan Ahla Adlina)
Semoga engkau menjadi insan yang soleh..dikurniakan istiqamah...diredhai Tuhanmu..
amin...
Abi dan Ummi
Alhamdulillah...
ReplyDeleteSejuk mata memandang apabila ust dikurniakan anak-anak yang cerah akal dan celik hati mereka.Waktu saya sebaya dengan Ammar ni, asyik hafal poem saja...
"I wish I was as big as you,
I wish that I was tall...
(Saya dah lupa keseluruhan poem ini)
-NIMZAR-
Alhamdulillah..
ReplyDeletesaya masa kecik macam tu pun tak hafal juga..sama la kita...kita mengharapkan anak2 kita..insya Allah berjaya!
Salam ust,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya memang terharu sangat setiap kali ada anak-anak kita yang berjaya menghafaz quran.
Cuma yang buat saya nak menangis ialah apabila anak saya sendiri yang berusia 5 tahun minta saya ajar dia menghafal surah al-mulk (sebab dengar syeikh misyari baca kat u-tube)tapi apakan daya saya tak mampu.
jadi saya nak juga tanya ust macam mana ust ajar ammar menghafaz atau adakah ust ada hantar dia ke pusat2 tahfiz tertentu?
Tq. Ahmad
Saudara Ahmad - Keinginan yang sebegitu adalah juga satu nikmat yang patut kita syukuri.
ReplyDeletesaya menghantar anak saya ke sekolah Darul Hikmah, Ampang. Ia bukan sekolah khusus untuk tahfiz, tapi di dalamnya ada jadual hafazan yang baik dan terbukti berkesan.
boleh hubungi Ust. Muein - 0139060971
Terima kasih ustaz.
ReplyDeletehuhu...bagus la
ReplyDeleteust,doakan sy dpt hafal quran...walaupn umor saya da 21
doakan sy dpt istiqamah sntiasa...skrg da juz 2...huhu
Busyro...kita seharusnya hafal Quran..bila nak abis tu tak kisah. semangat!
ReplyDeletewah cemburunya ada anak soleh, tp sy perlu fikirkan isteri solehah dulu ya ustaz..
ReplyDeleteya ibnuhazam...anta perlu cepat2 kawin..:)
ReplyDeletesalam ustaz,
ReplyDeletesaya ada cuba menghubungi no ustaz muein yg diberikan tapi tak berjaya. mungkin ustaz muein bukan di malaysia ketika ini.
walau bagaimanapun besarlah cita2 saya kiranya dapatlah ustaz memberikan no fon lain utk saya hubungi atau alamat utk saya sampai ke sekolah tersebut.
terima kasih byk2.
Assalamualaikum ustaz...boleh saya tahu lokasi sebenar sekolah Darul Hikmah? Utk pengatahuan ustaz dah lama saya cari maklumat pasal sekolah ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz..boleh saya tahu lokasi sebenar sekolah ni??
ReplyDeleteBoleh saye tau dimane lokasi dan alamt DArul Hikmah tersebut??
ReplyDeleteassalmualaikum...
ReplyDeleteBoleh saya tau dimana lokasi dan alamat darul hikmah tersebut???