Monday, June 23, 2008

SANGKAAN BAIK ORANG LAIN - Nikmat Yang Wajib Disyukuri



Pernahkah anda terfikir...

* betapa ramai manusia di sekeliling kita (kenalan atau keluarga) yang bersangka baik terhadap diri kita? Mereka selesa apabila bertemu dengan kita...mereka menyukai diri kita...sekurang-kurang mereka tidak membenci diri kita...

* bandingkan pula dengan orang-orang yang tidak begitu mesra atau tidak begitu bersangka baik dengan kita....atau mereka membenci kita malah tidak mahu menatap wajah kita?

* pasti yang menyukai dan bersangka baik adalah LEBIH RAMAI...tak percaya?
Cuba fikirkan sejenak....fikir betul-betul...

Harapnya anda seperti saya dan ramai lagi orang lain yang mempunyai lebih ramai manusia di sekelilingnya yang bersangka baik terhadapnya...

Ini adalah nikmat daripada Allah SWT...

- bukan senang nak jadikan orang menyukai kita tanpa apa-apa sebab..

- bukan mudah untuk mendapatkan 'sangkaan baik' daripada manusia lain..

- adakah kita benar-benar layak untuk diberikan 'sangkaan baik' yang begitu tinggi nilainya itu? Daripada ramai orang yang berada di sekeliling kita?

- orang bertemu dengan kita dan mempunyai pandangan +ve terhadap diri kita...ia bukan perkara kecil!

ia anugerah dari Allah..yang wajib kita syukuri...tapi bagaimana?

mungkin saya akan menjawabnya dalam tulisan akan datang...mungkin anda sendiri tahu jawapannya...

jom kita fikirkan sejenak....

2 comments:

  1. Anonymous11:42 AM

    Huh...tak pernah saya fikir tentang ni. Terima kasih Ustaz.

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:41 PM

    subhanallah...besarnya nikmat tu.Rupanya bukan senang untuk membuatkan orang bersangka baik dengan kita.
    jazakallahhukhair, for making me realized about it!
    'ala kulli hal...adalah amat dan teramat baik sekiranya kita terlebih dahulu bersangka baik kepada orang. teringat saya kepada pepatah 'what you give you get back'. Alaisa kazaalik?
    wassalam

    ReplyDelete