Ada satu penyakit dalam kalangan mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Penyakit ini pasti bukanlah berlaku kepada semua, tetapi wujud pada sebahagian mereka.
Penyakit itu ialah menutup mulut orang-orang yang bukan 'ustaz/ustazah' untuk memberikan pandangan dalam ilmu agama atau menyumbangkan tenaga dalam dakwah. Alasannya hanyalah 'kau bukan ustaz, kau bukan ustazah'.
Adakah ini alasannya untuk kita menafikan dan tidak memberikan hak untuk mereka yang bukan ustaz/ustazah untuk bercakap? Seharusnya kita mencari banyak lagi alasan lain untuk menegur mereka. Sebagai contoh, kemukakan kesalahan mereka - dalam ucapan atau penulisan - maka tegurlah mereka berdasarkan kesalahan mereka tadi dan perbetulkan.
Tindakan menutup mulut tanpa sebab kukuh akan menyebabkan golongan yang bukan ustaz ini lama-kelamaan akan memberontak dan mungkin mereka pula akan terkeluar dari batasan - iaitu mereka akan menghentam kembali para ustaz ustazah kerana melakukan kesilapan. Ini akan meluaskan lagi jurang antara mereka (pendakwah bukan ustaz/ustazah) dan ustaz/ustazah sendiri.
Saya sebagai ustaz kerap kali bertemu dengan orang-orang yang memang bukan ustaz/ustazah tetapi mengetahui dan berilmu tentang apa yang mereka ucapkan atau tulis. Apa tindakan saya? Memuji, memberikan galakan dan memberikan 'bantuan' dan idea. Itu yang sepatutnya. Bimbing dan berkongsi ilmu, bertukar pandangan dan berbincang. Tidak seharusnya saya merasa marah hanya kerana mereka tahu apa yang saya tidak tahu. Ini kerana mereka juga ada perkara yang tidak diketahui dan bertanya kepada saya juga para ustaz/ustazah lain. Itukan lumrah?
Ya, saya akui memang ada orang-orang begini yang sudah sampai ke tahap tinggi seolah-olah tidak perlukan lagi nasihat para ustaz/ustazah. Apa nak buat, begitulah juga lumrahnya yang kadangkala kita temui. Apabila diajukan nasihat dan teguran, kata-kata pedas dan angkuh yang dibalas. Apa nak buat, nasihat kita dianggap sebagai 'menyekat' dan 'menghalang'.
Tetapi tidak kurang yang positif dengan nasihat para ustaz lalu berusaha menambah ilmu dan memperbaiki kesilapan. Alhamdulillah, tahniah untuk mereka.
Adalah amat tidak adil dan menyalahi akhlak Islam apabila kita menyekat golongan bukan ustaz/ustazah dari berdakwah. Malah yang sepatutnya dan sewajibnya ialah kita galakkan mereka dan berikan dorongan untuk berdakwah dengan syarat:
'Berdakwah berdasarkan ilmu dan jangan sesekali merasa cukup dengan ilmu yang ada'
wallahu a'lam...
nasihat untuk saya, ustaz/ustazah dan para pendakwah umumnya...
penah hadapi benda yg sama di sekolah, nk ajaq english kat surau sekolah. nak ajaq amik wudhuk in english, ada ustaz mai marah kata teacher mana bole guna surau. dah explain pun. dia tak setuju jugak P&P subjek lain buat kat surau... cemana tu? pelik betui...
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat ustaz, bahawa tugas menyebarkan Islam ini tidak hanya dimainkan oleh ustaz/zah. sesiapa sahaja perlu dan saling bantu membantu. asal tidak melewati batasan ilmu yang ada. sebab, kadang2 ada sebilangan yang terlalu bersemangat untuk menyebarkan Islam sedangkan ilmu agama yang ada masih ditahap yang rendah menyebabkan boleh berlaku salah faham terhadap agama itu sendiri. menyelesaikan masalah2 hukum mengikut penilaian sendiri, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
ReplyDeletenamun tidak dinafikan, ramai juga dikalangan mereka yang berusaha menambah ilmu pengetahuan, berbicara dan bertindak hanya sebatas ilmu yang ada. sebaliknya juga ada yang bertitlekan "ustaz" tetapi mempunyai fikiran yang jumud, merasakan cukup dengan ilmu yang ada dan bangga dengan segulung ijazah/diploma dalam bidang pend. Islam, tidak berkeinginan untuk menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang keagamaan kerana merasa diri sudah cukup sempurna sebagai seorang "ustaz/zah". والله أعلم
Ada sorg ustaz memarahi abang saya coz memakai topi.. mngatakan "HARAM memakai topi coz ikut org kafir!"..
ReplyDeleteItu Haram ini Haram..Banyak benda haram di mata ustaz ni..
Klu itu haram ini haram dgn alasan mngikut org kafir, alamatnya Malaysia mundur la!Errmm..
masih banyak ustaz yang jumud dengan mazhab sedangkan sipendengar sudah terbuka fikiran dan berlapang dada dengan mazhab yang lain. murid lebih terbuka fikiran dari guru. menyedihkan.
ReplyDelete"Sampaikan walau sebaris ayat".jika kita hayati maksud ayat ni tentu kita memahami apakah yang nak diutarakan pada ayat ini.Islam ini syumul.Apa yang nak say lontarkan ialah "tiada salah untuk kita memberi pandangan walaupun kita bukan seorang ustaz".Cuma, jangan sampai ke tanda-tanda hari kiamat iaitu bila orang jahil yang memberi fatwa.
ReplyDeleteMemberi pandangan berdasarkan hujah dan dalil yang kita tahu adalah suatu yang baik dan patut diteruskan,jangan memberi pandangan atau pendapat hanya bersandarkan hujah atau logik akal.
ust adlan, thanks for your support for people like me yg tak dapat peluang dpt gelaran ustaz tapi dalam hati teringin nak ajak org buat benda baik.
ReplyDeleteAllah bless you.
~Imran~
Let's do goodness!