Friday, November 12, 2010

'MUDAH SANGAT' PERCAYA YANG PELIK

CERITA PELIK MEMANG BANYAK
Kita semua tahu bahawa terdapat pelbagai cerita dan kisah ajaib serta pelik yang ada dalam pelbagai sumber media. Saya tidak hairan sangat ia ditonjolkan kerana kita semua tahu media yang melakukan begitu bukanlah bertujuan untuk menyampaikan cerita tetapi lebih kepada 'menjual' cerita.

Orang perseorangan juga mempunyai pelbagai tujuan bila terbit dari mulutnya kisah-kisah sebegini. Ada yang ingin membuktikan sesuatu kelebihan pada dirinya, ada juga yang bertujuan 'menginsafkan' atau 'menakutkan' pihak tertentu dan ada pula yang sememangnya suka bercerita bagi menghiburkan hati duka.

Apatahlagi dalam bentuk video, segalanya mungkin jadi kenyataan. Terdapat pelbagai penipuan visual yang menjadikan kita terkejut kemudian ketawa ada di mana-mana. Kecanggihan teknologi boleh menukarkan sebuah kereta menjadi robot yang menari !

KALAU KANAK-KANAK YANG PERCAYA, MUNGKIN OK
Saya tidaklah begitu ambil kisah jika kanak-kanak yang percaya semua cerita ajaib dan pelik ini. Maklumlah kita sebagai kanak-kanak dulu juga amat suka perkara ajaib. Saya dan abang menghabiskan masa berjam-jam mencari buku-buku 'unsolved mysteries' seperti ufo, loch ness monster, bigfoot/yeti/sasquatch, cottingley fairies, shc dan sebagainya. Daripada kisah pertembungan ufo di roswell sehinggalah kepada alien autopsy dan juga kisah hantu-hantu malaysia yang mempunyai pelbagai versi dan bentuk - sampai sahabat saya bercerita dia nampak hantu ada lampu kat dada - macam ultraman!

BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI...
Tapi apa yang paling menghairankan - sepatutnya tidak berlaku - ialah masyarakat kita yang belajar di universiti sehingga ke luar negara atau ke peringkat yang tinggi dalam akademik - begitu mudah percaya kisah-kisah sebegini. Dan kehairanan ini bukan pada 'mempercayai' semata-mata tetapi pada:

mempercayai tanpa bukti yang boleh diterima oleh ilmu dan akal.

Ini yang membingungkan saya apabila kisah-kisah mistik - hantu jembalang, ilmu kebal, batin, sehinggalah kepada bigfoot atau ufo - begitu mudah dipercayai tanpa ada sebarang kajian, penyelidikan atau paling kurang satu pemikiran yang serius.

UNEXPLAINABLE - TAK SEMESTINYA AJAIB
Mungkin ada kisah-kisah itu yang tak dapat dijelaskan - unexplainable - tapi adakah 'unexplainable' terus dikatakan benar? Masa ke semasa kita bertembung dengan pelbagai jenis manusia yang dilihat begitu bijak dalam aspek-aspek ilmiah tetapi apabila bertemu dengan kisah-kisah ajaib, nampaknya dia tidak menggunakan kebijaksanaan tadi untuk memikirkan dan mengkaji.

CONTOHNYA..
Saya pernah bertemu dengan orang yang terlalu percaya kepada 'pembedahan batin' iaitu pembedahan tanpa menggunakan kepakaran perubatan dan kelayakan, tapi boleh membuat pembedahan malah tanpa ubat bius dan sebarang bantuan! Apabila saya katakan kepadanya 'penatlah doktor-doktor belajar bertahun-tahun untuk mahir dalam pembedahan...sedangkan orang ini tanpa apa-apa sijil boleh operate badan orang...tanpa ubat!'. Apa jawab orang yang memiliki ijazah ini? Katanya 'mungkin dia ada ilmu yang Allah berikan padanya?'. Saya sekali lagi bingung.

Juga saya pernah bertemu dengan orang yang terlalu percaya bahawa 'wrestling' itu benar semuanya. Saya katakan kepadanya gusti ni semuanya 'scripted'. Dia kata 'eh kan diorang luka, sakit, merah badannya kena pukul?'. Malang sungguh dia tidak dapat beza antara 'scripted' dan 'fake'.

Apabila 'the masked magician' mendedahkan pelbagai tipu daya ahli silap mata terkemuka dunia dalam melakukan ilusi, rupanya ada yang terkejut dan salah seorangnya pernah berkata di depan saya 'aku ingatkan betul2...rupanya tipu'. Aduh...begitulah kita.

TAK HABIS-HABIS CERITA 'ORANG' NAMPAK 'HANTU'
Pelajar-pelajar sekolah saya sering membawa cerita 'saya nampak hantu' atau 'saya jumpa orang yang nampak hantu' atau 'saya dengar cerita ada orang kata dia jumpa orang nampak hantu'. Ini tak pelik. Tetapi yang memenatkan kita ialah orang dewasa yang cukup sempurna pancainderanya dan ilmunya....membawa kisah sebegini. Rupa-rupanya bukan dia yang nampak...tapi 'saya rasa saya nampak'. Itu masih boleh difahami. Tapi kadang-kadang bercerita bagai nak rak, rupanya 'saya jumpa orang yang rasa dia nampak'. Letih!

Ingat lagi cerita bomoh dalam 'nasib do re mi'?? Boleh download di youtube untuk sama-sama difikirkan....

3 comments:

  1. penemuan hantu ni boleh dibuat kajian paranormal...jadi ianya boleh dikaji berdasarkan penemuan saintifik...

    jadi...ini membuktikan bahawa ianya ada dan membuktikan bahawa ciptaan Allah tu unik...

    ReplyDelete
  2. adi...ada sesuatu yang kurang sempurna dengan pernyataan anda.,

    pertama, kajian paranormal yang mengkaji hantu kesemuanya kajian yang tidak pernah terbukti secara saintifik. Ia hanya satu kajian yang masih belum terbukti.

    kedua, kita dalam Islam dituntut untuk mempercayai Jin dan Syaitan. Itu amat berbeza dengan 'hantu'. Amat silap kalau kita k'atakan hantu' sama makna dengan 'jin'.

    ketiga, cuba Adi kaitkan ayat Al-Quran surah al-A'raf ayat ke 27. Cuba adi kaitkan dengan dakwaan orang melihat hantu.

    ok Adi..teruskan kajian bersama...

    i like your attitude towards scientific facts..but make sure it's really a fact.

    ReplyDelete
  3. ooo...
    setuju x kalau hantu tu cuma gelaran bagi jin dan syaitan...kalau orang putih panggil ianya adalah spirit @ ghost..hehe..setuju x ianya cuma gelaran atau panggilan sahaja..

    ok ustaz..ianya boleh diusahakan untuk mencari fakta cuma kadang 2 ianya dikelirukan dengan fakta dan andaian..itu yang susah nak mencari fakta yang sebenar 2 nya...d

    ReplyDelete