Sudah pasti dalam hidup ini ada perkara yang mustahil dan ada perkara yang tidak. Semua orang boleh menerima konsep ini dan ia adalah seakan tidak dapat disangkal lagi. Namun apa yang menjadi masalah bagi sebahagian kita adalah sikap 'meluaskan ruang' untuk perkara mustahil sehingga perkara yang mampu dicapai juga tersenarai bersama.Kita yang mencipta ruang itu dan membesarkannya...kemudian kita pula mengeluh...'mustahil'!
Sedangkan kalau kita membaca sejarah orang ternama dan terkemuka dalam pelbagai bidang...sama ada tokoh barat atau tokoh Islam yang sudah pasti lebih hebat dan unggul...kita dapati mereka mempunyai ciri yang sama - mereka 'mengecilkan' ruang mustahil sehinggakan kadang-kadang perkara yang selama ini dianggap mustahil dapat keluar dan tersenarai dalam senarai perkara yang mampu dicapai...malah terbukti ia dapat dilakukan!
Marilah kita bersama menilai kembali...adakah perkara 'mustahil' dalam hidup kita benar-benar mustahil atau kita yang 'memustahilkannya'...?
Kecilkan ruang itu...pendekkan senarai itu...insya Allah..kita boleh.
Motivasi yg baik ustaz. Terima kasih
ReplyDeletesalam..knp link kuliah sumbangan imam daruqutni tu lain tajuknya?tajuk doa..mohon ust perbetulkan
ReplyDeleteAssalamualaikum Ustaz,
ReplyDeleteSaya ada persoalan tentang Nabi dan peperangan. Mengikut dalam pembacaan, Nabi terlibat dalam 22 peperangan, memang ada dalam banyak hadis. Tapi ada tak hadis yang menceritakan beberapa ramai musuh yang Nabi bunuh semasa peperangan?
Sekian terima kasih
Azahari