Letih dan jemu melihat sebahagian 'mujtahid' yang asyik menyalahkan usaha umat Islam untuk membantu saudara seagama di Palestin...
cara tu tak kena ...cara ni tak kena....habis cara mana yang kena?
ada orang nak boikot...dikatakan tak ada faedah...(walaupun kita boleh bincangkan lebih lanjut mcm mana cara boikot terbaik)..tapi sekurang2nya positif lah...jangan asyik mengata orang 'tak betul' memanjang.
ada orang nak buat bantahan aman...bahkan dibenarkan pula dan dapat permit....dikatakan pula tak guna, tak faedah...pemikiran asyik negatif!
ada orang marah kepada musuh yang membunuh umat Islam...dikatakan pula terlalu emosi. ada-ada saja. habis? kalau tak marah, apa tandanya? kalau tak benci..apa pula nak dibuat?
kita bercerita tentang kematian umat Islam di sana...dikatakan pula 'biarlah, mereka mati syahid'. yang penting katanya umat Islam yang mati lebih ramai di jalan raya.. ke situ pulak perginya?
bila kita ajak orang Islam berdoa...dikatakan pula 'asyik doa je, usahanya mana?'. aduh..orang mcm ni memang letih melayan.
bila kita ajak menderma, dikatakan pula 'derma je nak buat apa?'...'yang bersalah ialah orang arab'....habis? orang Islam 'melayu' ni nak buat apa? tunggu depan tv?
SUDAH-SUDAHLAH...
bantulah mereka dengan APA SAHAJA CARA YANG KITA MAMPU...
janganlah MEMANDANG SERONG usaha yang telah orang lain buat sekadar mereka mampu...
bukankah kita disuruh sekadar kemampuan?
satu soalan terakhir untuk mereka yang suka pandang serong ni..
APA YANG TELAH ANDA BUAT?
Betul jugak tu...
ReplyDeleteApapun susa jugak sebenarnya kita nak boikot barangan israel ni...seolah2 menjadi 1 keperluan..Misalnya barangan nestle,banyak tu....
Apapun cubalah sedaya yang boleh untuk menyokong mujahdin kat sana....
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTrimas krn memaparkan khutbah 2 ust scara online....Bagus jugak kan gunakan isu dakwah dalam penyampaian blog..Apapun sy agk tertarik dengan maksud yang jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan ahli hadith...
Ketelitian dlm suatu perkara lagi2 melibatkan perkara agama adalah suatu yang wajib.Ust telah memberitahu kpd sy tntng pengorbanan ahli hadith dari zmn Rasulullah sampailah skrg..
Walaupun lama dah sy tinggalkn bidang hadith(sebab x lulus ujian hadith...hu.hu) namun ap 2 yang sy x tahu tntg hadith sy cb bertanya pada ust...Tentang konsep sy cb aplikasikan dlm kehidupan(walaupun bidang berbeza)
Ada beberapa artikel telah sy ambil dari blog ust sndiri...Dan sy aplikasikan dengan beberapa citer berdasarkan ap yg sy rasakan sesuai.
Teruskan usaha ini....Trimas bebanyak...
Drpd:Norhadi b. Kaharudin
oneforthree.blogspot.com
mcd_sa04@yahoo.com
sedang dalam usaha menghabiskan barang-barang boikot (serbuk MILO & Nescafe-produk nestle)kat dalam laci, pastu taknak beli lagi dah...
ReplyDeletesatu supermarket di Kuala Terengganu (sabasun) dah start boikot barang-barang israel & sekutunya mule dari tahun 2002 & supermarket ni org melayu punye.
dr. ma'an (pensyarah UIAM - seorang paletin) mase bagi ceramah kat UDM beritahu yang ada seorang org melayu dari 1 parti berpengaruh di malaysia kate yang "masalah palestin bukan masalah org malaysia, tu masalah org palestin.."???
Bro,
ReplyDeletepakcik kedai runcit kt umah gua smlm kn..dia menitis air mate ckp kt gua, kalo semua org boikot cmni, bungkus la kedai pakcik..ank2 pakcik nk mkn ape plak nnt..
Bor,
adakah sunnah boikot ni?
nabi ade wt x or sahabat2 ade wt x utk lwn kekejaman musyrikin dulu?
Setuju 100% dengan ustaz. Kadang-kadang saya rasa menyampah pun ada dengan perangai-perangai manusia ni!
ReplyDelete