Saturday, September 06, 2008

Semangat Membeli...atau Membazir?



Semalam, pada satu lokasi yang menjual kuih-muih dan juadah berbuka, saya berkata pada isteri..'dah..dah, lama sangat kat sini, nanti membazir'.

Mungkin ada yang menyangka saya tak nak isteri saya membazir kan? Sebenarnya saya cakap macam tu merujuk kepada diri saya. Makin lama saya duduk kat satu tempat (terutamanya kat tempat-tempat menjual juadah berbuka), makin banyak saya beli. Bila dah banyak beli..kena la habiskan nanti. Adoi..itu yang kenyang sangat tu.

Isteri pun dah faham perangai ni. Sebab tu lebih baik dia yang pergi beli.

Begitulah sifat sebahagian manusia di bulan puasa. Pasti ramai yang merasainya ketika berjalan-jalan melihat pelbagai jenis makanan. Ada pulak makanan yang 'dah lama tak makan' atau makanan yang 'susah nak dimasak', lagilah. Apatah lagi apabila lapar, semuanya sedap!

Kalau kita dah tahu kelemahan diri, jangan buka ruang untuk itu. Itulah cara kita mengawal diri dan itulah tandanya kita mengenal diri. Mungkin boleh diterapkan untuk perkara lain selain 'pembaziran'.

Wallahu a'lam. itu bagi saya lah....anda pula macam mana?

4 comments:

  1. huhuhu nasib baik kat Adelaide ni takde pasar Ramadan. Bergantung semata-mata kepada masakan wife tercinta heheheh...

    ReplyDelete
  2. ya...bagus tu. ramadhan di Adelaide meriah ke?

    ReplyDelete
  3. saya memang bersemangat nak membeli belah.. tapi sayangnya poket ku kering.. huhu...

    ReplyDelete
  4. hohoho...

    cite pasal bazaar ramadhan ni, kat mana-mana pun sure kita akan jumpa orang yang puasa, tapi macam tak puasa, terutama kaum hawa...

    ReplyDelete