Thursday, July 23, 2009

Pesanan Imam Yahya Bin Ma'in

Imam Yahya Bin Ma'in - seorang ahli hadith agung zaman kegemilangan Islam - wafat pada tahun 232 Hijrah.

Pesanannya kepada penuntut ilmu:


Apabila engkau menulis, tulislah apa sahaja yang engkau temui. Apabila engkau ingin menyampaikan, pilihlah yang terbaik.

Monday, July 20, 2009

Pernah Dengar Doa ini?

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kebakhilan dan sifat pengecut, daripada bebanan hutang dan kezaliman manusia.

Ini adalah doa Rasulullah SAW. Doa yang amat penting bagi kita di zaman ini.

Marilah kita amalkan doa Rasulullah SAW ini....

(Doa ini merupakan hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Tuesday, July 07, 2009

Doa Yang Pendek...Jawapan Yang Amat Panjang!!

Situasi:

KAUM NABI NUH 'ALAIHISSALAAM MENENTANGNYA...

"Sebelum mereka, kaum Nabi Nuh juga telah mendustakan (Rasulnya); iaitu mereka mendustakan hamba Kami (Nabi Nuh) serta mereka menuduhnya dengan berkata: Dia seorang gila dan dia telah diancam (dan dihalang daripada menjalankan dakwah agama)". (Ayat 9 - Surah al-Qamar)

LALU MUNCULLAH DOA YANG 'PENDEK' DAN 'RINGKAS'

"Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan, oleh itu menangkanlah daku!" (Ayat 10 - Surah al-Qamar)

LIHATLAH JAWAPAN ALLAH S.W.T TERHADAP DOA TERSEBUT! AMAT PANJANG! AMAT HEBAT!

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.

Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.

Dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku;

Yang belayar laju dengan pemeliharaan dan pengawasan Kami; (Kami melakukan yang demikian dan menimpakan taufan itu) sebagai balasan bagi orang-orang yang kufur ingkar!

Dan demi sesungguhnya! Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi pengajaran, maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf?

Oleh itu, perhatikanlah bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu.

(Ayat 11 hingga 16 - Surah al-Qamar)


....cetusan idea Dr. Muhammad al-'Arifi...