Sunday, May 31, 2009

Doa Untuk Tetamu Baitullah

Tiba musim cuti sekolah...ramai yang mengambil peluang untuk menunaikan umrah. Di antaranya ialah emak...abang...pak long dan mak long (keduanya ibarat ayah dan ibuku yang kedua) ...doa untuk mereka dan untuk muslimin dan muslimat yang pergi ke sana..

Ya Allah..
Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketabahan jiwa menghadapi perjalanan yang jauh...

Hiasilah diri mereka dengan keimanan yang teguh untuk mengikhlaskan diri kepadaMu..

Peliharalah diri mereka dari sebarang kesusahan, rintangan dan kesedihan...

Makbulkanlah doa mereka...penuhilah hajat mereka...

Ampunkanlah dosa mereka...terimalah amalan mereka...

Berikanlah keselamatan untuk mereka dalam perjalanan pergi dan pulang...

Ya Allah..aku menyayangi mereka...sayangilah mereka

amin ya rabbal 'alamin..

Thursday, May 21, 2009

FUTSAL KELAB GURU...MEMANG BERSEJARAH!

Berita sukan..

Sejarah terukir petang semalam apabila kelab guru SMK Segambut Jaya berjaya menganjurkan perlawanan Futsal antara guru lelaki. Perlawanan berlangsung dengan amat meriah di mana masing-masing berusaha mengatasi kelembapan dan ketidakcergasan terutama yang sudah berumur dan berisi. Gol demi gol dihasilkan dengan pelbagai teknik dan gaya. Memang amat meletihkan dan amat menceriakan. Akhirnya berjaya juga menghasilkan gol peribadi sulung! Tahniah kepada semua!!

sekian berita dari Smk Segambut Jaya, Kuala Lumpur.

Ahla Adlina : abi terer!!!

tenkiu baby....!

Wednesday, May 20, 2009

JANGAN MUDAH MENTAFSIR PERBALAHAN

Letih mendengar ungkapan dari orang bijak, orang cerdik pandai, cendikiawan, ahli fikir....tentang tafsir perbalahan.

orang sebegini bila melihat dua pihak berbalah...pasti dia tahu jawapannya!!

mulalah dia mengungkapkan kata bijaknya:

'aah...ini orang berebut pangkat ni'
'oo...ini orang berebut tanah'
'aa...dua-dua tak betul'
'hmm...apalah nak jadi orang zaman sekarang...asyik bergaduh je'
'tak habis-habis bergaduh...tak ingat Tuhan ke?'

dan macam-macam lagi ungkapan cerdik dan bijak.....

sedarkah dia...

Setiap perbalahan pasti ada SEBABNYA...?
Adakah seringkali perbalahan berlaku kerana perkara di atas semata?
Bagaimana pula perbalahan dalam bangsa Arab ketika dakwah Islam mula dibawa oleh Nabi Muhammad SAW?
bagaimana pula sebelum itu para Nabi dan Rasul berbalah dan bergaduh malah berperang dengan bangsa sendiri...keluarga sendiri...ayah sendiri!!!

Wahai saudara, ingin ku bisik ke telingamu...

Jangan mudah menutur bicara...

Mungkin matamu berkata 'bijaknya aku'....

Mata manusia pula berkata 'orang macam ni pun ada?'


Semoga saya tidak jadi seperti saudara...na'udzubillah.

Saturday, May 16, 2009

UNTUK GURU-GURUKU....UNTUK PELAJAR-PELAJARKU

UNTUK GURU-GURUKU...

1-Doa untukmu...agar diampunkan dosa, dikurniakan kesihatan, disayangi Tuhanmu.

2-Maafkan aku kiranya tidak ditunaikan hak-hakmu, tidak menghubungimu, seolah lupa padamu.

3-Andai kita bertemu, tiada ucapan selayaknya melainkan...'terima kasih cikgu'.

UNTUK PELAJAR-PELAJARKU...

1-Doa untukmu...agar memelihara peribadimu, berjasa kepada ibubapamu, menjaga agamamu, dikasihi Tuhanmu.

2-Maafkan kiranya dilihat tidak adil padamu, seolah tidak pedulikan kehadiranmu.

3-Andai kita bertemu, tiada apa ku pinta melainkan...engkau masih mengenaliku.

Adlan Bin Abd. Aziz
Pelajar - SK Dato' Wan Mohd. Saman, SMK Agama Kedah, Pusat Bahasa Nilam Puri, Univ. Al Al-Bayt, Maktab Perguruan Islam, Universiti Malaya.
Guru - SMK Cochraine, SMK Simpang Rengam, SMK Bandar Tun Razak, SMK Segambut Jaya

Aku guru...namun aku akan sentiasa menjadi pelajar...

Sunday, May 10, 2009

MENGUTIP CINTA DI SIMPANG RENGGAM...

Alhamdulillah, walaupun hanya sekejap - pergi pagi pulang petang - namun kepuasan memang jelas terasa..

1- Bertemu anak didik yang bakal melangkah ke alam baru selepas SPM....kalaulah ibu tetap memandang anaknya sebagai 'anak kecil kesayangannya' walaupun telah dewasa...begitulah seorang guru tetap memandang anak didiknya sebagai 'pelajar sekolah' walaupun mereka telah pun habis 5 tahun di sekolah. Dah besar panjang...nasib baik ustaznya masih paling tinggi dan paling besar!

2- Bertemu rakan-rakan guru teman seperjuangan di sekolah lama. Biar masa berubah, wajah pun berubah namun kemesraan tetap ada. Bercerita tentang kisah lama, suka duka bertahun lalu...berbincang pula soal semasa...gelak ketawa masih rancak menghiasi perbualan...alhamdulillah saya masih punya teman yang tetap bersahabat walau masa dan keadaan telah berbeza. Sahabat sejati tidak punya kepentingan...sahabat sejati sentiasa inginkan kejayaan untuk sahabatnya...

3- Melihat kembali tempat lama yang sentiasa menjadi laluan...kedai-kedai tempat membeli-belah...tempat singgah makan dan minum...stesen minyak...sekolah...asrama...terasa begitu cepat masa berlalu!

Bila hati sudah terpaut...masa dan keadaan tidak lagi memberi erti...

Semoga Allah SWT memelihara kasih sayang yang sudah termeteri...

Sunday, May 03, 2009

Terimalah Ibadahku....


Setiap kali sujud, pasti akan terlintas di hati... 'Ya Allah, terimalah ibadahku'..

Kenapa?

Apalah ertinya solat beribu rakaat....kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berlapar berpuasa beratus hari....kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berbelanja wang dan harta, berlapar dan dahaga, sakit tubuh badan, berpisah dengan keluarga ketika menunaikan haji...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya berjam-jam membaca Al-Quran dan berzikir...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya bersusah payah menuntut ilmu dan belajar agama...kalau tidak diterima?

Apalah ertinya segala amalan hati....lisan....tubuh badan....kalau tidak diterima oleh Allah SWT?

Jawapannya - tiada ertinya...tiada apa-apa hasilnya di akhirat....muflis....

Sedarlah betapa pentingnya 'Penerimaan' dalam ibadah....

Mohonlah kepada Allah SWT...agar diterima semua ibadah kita...

Bantulah diri kita dengan mempelajari ilmu agama agar ibadah kita diterima oleh Allah SWT...

Ya Allah...terimalah ibadah hambaMu yang penuh dengan dosa ini...

Tanpa penerimaanMu, siapalah diriku ini....tiada kelebihan di dunia apatah lagi di akhirat nanti...

Aku bukan Nabi dan Rasul...bukan juga keluarga mereka...

Aku bukan sahabat NabiMu....bukan juga rakan mereka...

Aku bukan alim..aku bukan abid....

Aku mohon penerimaanMu...

terimalah ibadahku...